♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 14, 2015

Resepi | Kurma telur rebus

السلام عليكم

Cuti hari ni! Yey!

Korang kemana? Aku dan little Khairuns dok rumah jer hari ni. Budak-budak kena study sebab musim peperiksaan. Dan enche Neezam pulak sepanjang hari ni sibuk dengan persediaan nak bawak bebudak Permata Insan ke Korea esok.

Ok! Hari ni aku nak kongsi resepi. Dah lama tak kongsi resepi kat blog. Resepi mudah jer hari ni.

Kurma Telur Rebus

Dulu masa kecik-kecik emak aku selalu masak kurma telur rebus ni bila dapat telur dari rumah orang kahwin. Tapi sekarang ni, dah susah nak jumpa orang bagi telur masa kenduri kahwin. So, kenalah rebus telur sendiri yer... Huhuhu...

Resepi ni sebenarnya sangat mudah! Seriously! Kalau korang beli rempah kurma adabi, korang boleh rujuk jer kat resepi belakang plastik rempah tu. Tapi kalau korang tak pakai rempah kurma adabi, then, sini aku kongsikan resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan

8 biji telur yang direbus dan dikopek kulit
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inchi halia
1 paket rempah kurma
1 biji cili merah potong panjang (bunga)
1 biji bawang besar dibelah empat
2 biji kentang, dibelah lapan
Santan
Asam keping (kecil)

Cara-caranya

  1. Telur yang telah direbus tu kemudiannya digoreng sehingga kekuningan. Keluarkan dari kuali dan tuskan minyak.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat kemudian tumiskan dengan minyak.
  3. Bila dan naik bau, masukkan rempah kurma. Goreng sekejap dan masukkan air.
  4. Masukkan kentang dan masak sehingga hampir empuk.
  5. Masukkan asam keping yang kecil jer sebab tak nak masam sangat dan garam secukup rasa.
  6. Bila kentang dah hampir empuk masukkan santan, bawang merah yang dibelah empat dan cili merah. Boleh jugak tambahkan tomato.
  7. Bila dah nampak pecah minyak sikit, bolehlah masukkan telur.
  8. Gaulkan rata dan boleh tutup api.
  9. Sedia untuk dihidang!

Ha! Simple kan?

Tadi aku campurkan sekali sebiji telur padi. Tu yang ada telur hitam tu. Sedap jugak. Tak cukup sebiji tu. Semua orang nak. Next time boleh letak banyak sikit.

Ok korang. Selamat mencuba.

Dan

Salam Maal Hijrah 1437H

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top