♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, October 19, 2015

Congrats team Permata Insan @ WCF2015, Korea

Alhamdulillah... Semalam tamat sudah World Creativity Festival 2015 di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST), Daejeon, Korea.

Festival kali ke-11 yang berlangsung pada 17 dan 18 Oktober ni telah mengumpulkan pelajar-pelajar terbaik dari pelbagai negara. Para pelajar Permata Insan dihantar bagi mewakili Malaysia dan enche Neezam sebagai ketua delegasi kali ni.

Alhamdulillah, team Permata Insan kali ni menang besar dan telah memenangi '1 Gold Award', '1 Silver Award', '2 Bronze Award' dan '1 Problem Solving Award'! Semua adik-adik Permata Insan dapat membawa balik hadiah! Begitu jugak teacher Mira!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Bangga sangat dengan diorang dan bangga sangat dengan enche Neezam yang telah berjaya membawa balik kemenangan bersama team terbaik mewakili Malaysia!

Insya Allah, hari ni diorang semua akan ke Seoul pula. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dengan menaiki bas express. Semoga urusan diorang kat sana dipermudahkan dan dilindungi Allah swt.

Amin...

Allahu Akhbar!

Kredit gambar : Dr KM Noor, teacher Mira Permata Insan & Faiz Permata Insan.

No comments :

back to top