♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 20, 2015

Rompak lagi! Aku trauma...

إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Pagi semalam dikejutkan dengan satu lagi kes rompakan berdekatan dengan kawasan rumah. Yup! Kat U***. Tapi kat kawasan perumahan staff.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْم

Jantung aku terus berdegup kencang! Terus teringat kejadian 22 Feb yang lalu.

Waktu kejadian sama macam kitorang kena dulu - antara jam 3 pagi. Beberapa orang penghuni wanita bujang, diikat. Alhamdulillah... diorang tak diapa-apakan. Tapi semua barang berharga diambil perompak.

Kesiannya diorang... Mesti trauma...

Sejak kejadian yang menimpa kitorang masa cuti tahun cina yang lepas, aku memang trauma sangat. Telinga jadi lebih sensitif dan jantung mudah berdegup kencang bila terdengar something yang lain macam sikit. Bunyi cicak pun aku dah terkejut.

Selama beberapa bulan sejak kejadian, aku jadi takut setiap kali menjelang malam. Asyik mengigau, meracau dan menangis. Tidur tak pernah betul-betul lena. Setiap pukul 3 lebih, automatik terjaga dan jantung berdegup kencang.

Allah...

Setiap kali terjaga tu, aku akan meninjau-ninjau keluar rumah. Tengok anak-anak yang sedang tidur dan pastikan dalam rumah memang tak der orang asing. Nak bukak pintu bilik tidur pun perlahan-perlahan dan intai dulu sebelum keluar dari bilik. Memang takut sangat!

Alhamdulillah... lepas beberapa bulan, aku overcome rasa takut tu. But still, sesekali terjaga jugak tengah malam. Tapi tak lah sekerap dulu.

Semalam, bila dapat tahu berita rompakan tu, jantung aku tetiba berdegup kencang semula. Rasa takut dulu tu tiba-tiba datang balik. Takutnya... masih ada perompak berdekatan dan aim rumah-rumah kat sini. Aku takut, diorang akan datang ke rumah kitorang semula!

Malam tadi... jadi balik... Susah nak tidur. tidur tak lena dan terjaga pukul 3 lebih, dok intai-intai kat luar dan bila tertidur semula.... meracau-racau sebab mengingau...

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Ya Allah... jauhkanlah rumah kami ni dari mata-mata mereka yang berniat jahat ya Allah...

Aku memang takut dan serik sangat. Lepas kejadian dulu, pihak universiti ada pasang penggera keselamatan kat rumah dan tingkatkan kawalan keselamatan. Tapi gantirugi satu sen pun tak dapat! Of courselah mula-mula dulu ada sedikit kekecewaan sebab banyak harta benda personal banyak hilang, berpuluh ribu! Mental pun terjejas! Padahal kitorang wajib duduk kat rumah ni sebab tugas husband. Enche Neezam tetap amanah dan setia nak jalankan tanggungjawab yang diberikan pihak universiti.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Apapun, aku tak nak kufur nikmat. Aku redha. Aku bersyukur sangat sebab kitorang suami isteri masih selamat dan tak diapa-apakan secara fizikal oleh perompak-perompak jahanam tu. Anak-anak pun diorang tak bangunkan dari tidur masa kejadian tu.

Alhamdulillah... itulah yang paling aku bersyukur sangat. Barang hilang, ada rezeki boleh cari baru. Tapi suami dan permata hati, memang tak der galang ganti.

No comments :

back to top