♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, September 22, 2015

Makeover pintu

Semalam aku dikerah ke pejabat enche Neezam. Huhuhuhu...

Actually enche Neezam mintak tolong. Enche Neezam nak makeover pintu bilik dia kat fakulti yang berseni habih tu.

Hujung minggu hari tu, kitorang ke Mr. DIY. So, dapatlah grab wallpaper yang agak sesuai untuk ditampal kat pintu ni. Apa lagi... kasi ini pintu pakai bajulah!

Sebenarnya agak mencabar jugak nak pasang wallpaper ni. Dengan nak pastikan angin tak terperangkap kat dalam tu. Pastu dengan pintu yang memang tak rata sebab ada bekas-bekas tampal. Sepatutnya kena kikis dengan kertas pasir dulu. Baru elok. Tapi... hmmm... tak kuasalah! Ni pun dah kikis sikit-sikit.

Pastu mencabar kat bahagian tag nama dan tombol pintu. Berpeluh gak lah buat.

Dalam sejam jugaklah kitorang kerjakan pintu ni. Akhirnya siap jugak! Alhamdulillah...

Banyak sebenarnya kiter boleh buat dengan kertas dinding ni, selain tampal kat dinding.

Kalau nak tau... meh tengok sini...


Makeover menggunakan wallpaper============================Barang lama, masih elok tapi dah buruk? Jom kita makeover...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, September 21, 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top