♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 18, 2015

Cemburu seorang ayah

Terbaca kisah ni pagi tadi.

Kesian pulak baca cerita pakcik ni. Umur pun lebih kurang dengan abah aku.

Actually aku pun macam anak dia... dulu... Bila call rumah, mesti nak cakap dengan emak. Sejak mak pakai handphone, mesti call handphone mak jer... Kalau mak tak angkat, baru call abah. Tu pun sebab nak tanya, emak gi mana. Hehehhe...

Lama-lama abah pun perasan... bila aku call jer, lepas baru bagi salam, abah terus kata, "mak keluar tak bawah hp". Tak pun cakap sepatah dua, then abah tanya "Nak cakap dengan mak?"

Huhuhu...

Emak pun perasan jugak... then mak pesan, "sekali sekala boraklah dengan abah". Baru aku sedar... ye lah... sian abah... Sebenarnya borak dengan abah best jugak. Especially bila dengar suara dia happy dengar cerita kita... Boraklah... pasal anak-anak ker, kerja ker, apa-apa jer lah...

Sekarang ni dah ada watsapp, lagi keraplah berhubung. Sesekali tanya khabar. Sesekali hantar joke dan cerita viral kat watsapp.

Bab duit, sejak kerja, aku memang bagi duit kat emak tiap-tiap bulan. Dan sejak abah pencen, aku dapat bagi abah duit sikit setiap bulan. Alhamdulillah... setiap kali mesti ada rezeki lebih.

Aku percaya, walaupun tak banyak mana, mak abah mesti happy.

Baca : Indahnya dapat beri duit belanja untuk emak dan abah

Tapi bab berjalan... kalau gi shopping, hmmmm... aku suka gi dengan adik. Hehehe... Apa aku berkenan dia kata cantik dan sentiasa sokong aku kalau aku nak beli. Kalau dengan emak, emak selalu kata "jangan membazir". Nak beli pun terbantut. Huhuhu... Sorry mak... Tapi betullah cakap emak tu. Abah, kalau bawak gi shopping, dia akan bawa diri, gi tempat lelaki ataupun tunggu kitorang shopping sambil minum teh kat kedai.

Tapi kalau gi bercuti, memang kitorang desak-desak abah suruh ikut. Kalau abah tak ikut, kiter postpone!

Ok lah... bila last sekali korang call abah? Hmmm... aku pun dah lama tak borak dengan abah. Jom call sekarang!!! Jangan sampai abah merajuk!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top