♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 16, 2015

Aktiviti cuti sehari!

Sekali-sekala cuti tengah-tengah minggu ni seronok jugak. Balik dari kerja petang semalam, enche Neezam ajak gi Seremban 2... tengok wayang! Yey!

Actually Niesreena dan Naufal sebuk nak tengok Maze Runner 2. Kebetulan ada dapat tiket TGV free hari tu, so gunalah...

First time kat panggung wayang kitorang kena bangun untuk nyanyian lagu Negaraku. Kitorang berdiri jer lah... Orang lain ada ramai gak yang berdiri. Tapi ada jugak yang teragak-agak nak berdiri. Huhuhu...

Maze Runner 2, aku rasa best laa... Lagi seram, lagi berat berbanding yang first dulu.

Yang tak bestnyer... remaja perempuan sebelah aku makan sambil berbunyi-bunyi mulut dia. Bukan bunyi makan sambil bercakap, bukan bunyi crunchy popcorn tapi bunyi mengunyah! Memang sesetengah orang ni makan jenis berbunyi. Eeeee tak suka! Nasib baik tak ramai sangat orang dalam panggung, aku terus tukar tempat.

Hari ni kitorang tak bercadang nak kemana-mana. Memang plan nak bermalas-malasan kat rumah jer.

Semalam dapat resepi Peanut Butter & Choc cookies dari CN. So, hari ni try laaaa...

Sedap! Tapi termasin sikit... Huhuhu...

Tak per! Next time try lagi yer. Kan practice makes perfect!

Ok! Esok dah kerja... Bebudak pun sekolah!

Jom buat persediaan untuk esok pulak!

Niesreena suruh last sekali tulis "OK Bye!"

Hmmmm... dah macam iklan D'herbs terlajak laris!

Ok! Bye!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top