♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 9, 2015

Swim Naufal! Swim!

Naufal dah boleh berenang!

Excited betul dia. Mama dan ayah pun sama!

Naufal memang suka swimming. Actually, sebelum-sebelum ni Naufal berenang mesti nak pakai life jacket. Tetiba semalam tengah syok-syok berenang, life jacket dia bocor. Tapi dia nak masuk pool gak. Aku risau gak sebab pool tu paling tak dalam pun 4 kaki!

Nak tak nak, bagi jugak dia masuk pool dan suruh dia main kat tepi-tepi kolam jer, aku jaga. Tetiba tengok dia relax jer berenang tanpa pelampong.

Eh?

Terus jer dia excited berenang tanpa pelampong. Tapi aku tak berani bagi dia gi tengah-tengah pool.

Bila aku masuk sekali dalam kolam, baru Naufal berani berenang dari hujung ke hujung pool!

Yey! Naufal dah pandai berenang!

Tapi mungkin teknik dan pernafasan dia masih tak betul lagi. Insya Allah, kalau hantar swimming, mesti cepat jer dia pickup.

Niesreena, water confidence dia rendah sikit sebab dia pernah hampir lemas dulu. Nasib baik sempat selamatkan. Sampai sekarang dia ingat insiden tu walaupun dah hampir 2 tahun berlalu. So, Niesreena memang tak berani sangat nak cuba walaupun aku ada sekali dalam kolam. Tak perlah... perlahan-lahan.

Actually, minggu ni kitorang kat The Katerina Hotel, Batu Pahat. Ayah Khairuns ada meeting.

Alang-alang dah sampai kat Batu Pahat, kitorang singgah makan malam kat Jeng Kuan. Enche Neezam suka makan ladna kat sini dan aku suka rojak petis dia. Satey pun sedap. 60 sen je secucuk. Terbaik!

Enche Neezam boleh demam panas plak malam tadi. Tetiba jer. Gi meeting pun tak larat. Doakan enche Neezam cepat sembuh yer kengkawan.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top