♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, August 24, 2015

Penting ke mengemas katil setiap pagi?

Dari kecik dulu emak selalu ajar, dah bangun dari tidur tu kena terus kemas katil. Masa aku sekolah dulu, aku tidur sekatil dengan adik perempuan aku. So, deal aku dengan adik, saper bangun lambat, dia yang kena kemas katil. Adiklah yang selalu bangun lambat. Dia kuat tidur. Huhuhu... Dia tak kesah kena kemas katil, asal puas tidur. Hehehhee... Sorry adik...

So, bila dah ada anak, aku pun ajar Niesreena dan Naufal, kalau bangun tidur, kena terus kemas katil. Alhamdulillah, dapat praktikkan pada diorang, walaupun kadang-kadang diorang tu main tinggal jugak. So, bila diorang tak kemas katil sendiri, aku akan ingatkan.

Diorang punyer kemas tak lah kemas sangat. Tapi still ok lah daripada tak kemas langsung. Lagipun, aku pakaikan katil diorang cadar patchwork. Senang jer nak kemas. Tarik sikit jer dah elok dan kemas.

Sian gak kadang-kadang tengok Niesreena dan Naufal. Hari sekolah, pagi-pagi buta, mata pun susah nak celik lagi tapi kena kemas katil. Tapi tak per lah... kalau tak mulakan dari sekarang, bila lagi?

Katil bilik aku pun, aku akan pastikan kemas, setiap kali sebelum aku gerak pergi kerja! Wajib! Tapi kadang-kadang tu bila tengok katil dah siap berkemas, terus tersenyum sendiri dan dalam hati terbayang wajah kesayangan hamba dan berkata "thank you, sayang..." Paham lah kan??? Huhuhu...

Mengemas katil sebenarnya ialah disiplin bilik tidur yang sangat penting. Bukan sahaja bagi anak-anak tapi terutamanya pada orang dewasa. Ada sesetengah ibubapa biarkan ajer bilik tidur anak-anak dan bilik tidur sendiri tak berkemas setiap pagi. Alasannya, tak sempat. Lagipun malam nanti nak tidur balik, bersepah balik. Eeeerrrrkkkk? Boleh ker macam tu?

Tak boleh!!!

Kenapa mengemas katil setiap pagi adalah sangat penting?

Kalau korang mengemas katil setiap pagi, selepas bangun tidur, korang telah menyesaikan tugasan pertama pada hari tu. Dengan tu, korang akan rasa lebih bersemangat lagi untuk lakukan kerja-kerja yang seterusnya. Terus dapat rasakan aura yang positif!

Bagi aku, aku seronok tinggalkan rumah dan pergi ke tempat kerja bila rumah kemas; katil berkemas, sinki kosong, meja makan bersih. Pergi ke tempat kerja pun semangat. Aura positif akan sentiasa ada di sekeliling kiter.

Dan malam, bila korang bersedia untuk tidur, rasa tenang bila tengok katil yang kemas sedia menanti kiter. Rasa lega bila tamatkan hari kiter dengan 'landing' atas katil yang berkemas. Dan insya Allah... dapat berehat dengan tidur yang lebih tenang dan nyenyak.

Cuba bayangkan, kalau seharian penat bekerja, bila dah nak tidur, katil serabut tak berkemas. Selimut berselerak, bantal ntah kemana. Hmmmm... katil serabut, otak pun serabut. Rasa nak marah tak? Huhu...

Lagipun, kalau tak kemas katil, eeerrrr... rasa seganlah pada husband. Kan?

So, harap-harap Niesreena dan Naufal akan teruskan tabiat ni hinggalah dewasa nanti. Diorang takkan sentiasa akan terus kekal tinggal dengan aku. Kalau ada rezeki nanti berdoa diorang dapat sambung belajar ke sekolah berasrama dan ke universiti. So, tabiat ini lah yang akan diorang bawa, dan represent aku dan enche Neezam sebagai ibubapa.

Ini hanyalah pandangan peribadi aku, sebagai ibu. Lain orang, lain caranya. Lain ibubapa, lain jugak cara diorang mendidik anak-anak diorang. Semua nak berikan yang terbaik. Tapi bak kata orang, yang baik dijadikan teladan...

y(^-^)y

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top