♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 11, 2015

Penangan makan kambing + durian

Dah beberapa hari enche Neezam demam. Sejak kitorang ke Batu Pahat hujung minggu lepas.

Badan panas sangat tapi mengigil-gigil, macam sejuk sangat.

Susah hati betul tengok keadaan enche Neezam macam tu.

Semalam gi ambil darah kat klinik. Sebab dah gi jumpa dua orang doktor, dua-dua suspek enche Neezam kena denggi. Nauzubillah... Takutnya aku dengar. Harap-harap tak lah... Kalau ye, ni kali kedua enche Neezam kena denggi.

Hari ni hari ke-4 enche Neezam demam panas. Aku ambik EL. Jaga enche Neezam kat rumah.

Pagi tadi, kawan aku, x-roomate dari UTM dulu, Sit, gigih datang dari Bangi hantar jus daun pucuk betik. Terharu sangat! Thanks a lot, Sit! Appreciate it sooooo much!

Petang tadi blood test result keluar. Klinik call dan bagi tau yang enche Neezam bebas denggi. Alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat.

Tapi pelik gak, apa yang menyebabkan enche Neezam teruk sangat demam tak kebah-kebah dah beberapa hari ni?

Tetiba teringat... hari Jumaat lepas kat fakulti enche Neezam ada jamuan hari raya. Macam-macam makanan ada. Kambing golek dan durian pun ada! Aku rasa enche Neezam demam sebab makan dua-dua benda ni serentak! Banyak kot makan...

Mak pun cakap macam tu. Mungkin sebab tu lah. Mak kata, dua-dua benda tu memang tak boleh makan serentak sebab panas, panas dalam.

Aku ada google gak pasal benda ni. Tak banyak info dalam Malaysia yang aku jumpa tapi banyak info dari Indonesia. Memang bahaya makan durian dan daging kambing pada masa yang sama. Boleh mengakibatkan stroke atau serangan jantung.

Nauzubillah...

Syukur sangat, enche Neezam setakat demam jer, walaupun dah beberapa hari. Tapi alhamdulillah beransur pulih.

Doakan untuk enche Neezam yer kengkawan.

Susah hati tengok enche Neezam tak sehat.

Dan ingat tau korang. Jangan makan durian + daging. Kalau nak setakat jamah sikit tu mungkin ok lah. Tapi kalau melantak sangat tu... eeerrrrr... janganlah yer... ingatlah orang-orang yang tersayang...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top