♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 1, 2015

PATA's family day

Tiap-tiap tahun, memang ahli keluarga tok Arsat, moyang aku, akan berkumpul untuk family day. Biasanya masa rayalah... Tahun ni tahun kelima dan kali ni diadakan kat kampung aku kat Tapah Road.

Walaupun tak berapa ramai yang hadir, mungkin sebab lokasi yang agak jauh, tapi tetap terasa kemeriahannya. Yang penting seronok dapat berkumpul sedara-mara; berborak-borak, makan-makan dan main games. Niesreena dan Naufal seronok dapat duit raya!

Ni opah aku. Masih sihat cuma dah tak larat nak jalan. Usianya dah 90++.

Dan ini 8 orang antara 10 orang adik beradik abah. Abah aku anak yang keempat. Abah akulah yang paling hensem sekali! Hehehehehe... jangan marah ehhhhhh...

Pakcik aku, cikgu Darusman, orang kuat majlis kali ni. Dan macam biasa, suami tersayang, enche Neezam, ialah penyeri majlis... hehehehhe...

Wefie sikit dengan mak tersayang.

Siapa PATA?

Seronok bila kiter tahu asal usul keturunan kiter. Rugi kalau tak tahu kan...

Insya Allah tahun depat kat Tapah Road lagi. Harap-harap tahun depan, adik beradik aku dan lebih ramai sepupu-sepupu aku dapat join. Rindu nak jumpa diorang, kakak-kakak sepupu aku, teman beronggeng masa zaman muda-muda dulu. Sampai ke Ipoh kitorang pergi. Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top