♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, August 17, 2015

Hasil menabung Niesreena

Waaaaahhhh!!!

Terkejut bila bukak tabung Niesreena. Banyaknya duit kertas. Ingatkan ada syilling jer.

Niesreena kata ni semua baki duit belanja sekolah.

Banyak jugak Niesreena dapat simpan. Duit note yang besar-besar sebab dah tukar dengan seringgit-seringgit Niesreena. Tukar note besar sebab nak guna balik untuk duit belanja harian dia.

Alhamdulillah... Niesreena memang dari dulu tak pandai membazir duit belanja sekolah. At least beberapa sen, mesti ada balance. Tapi risau jugak, takut Niesreena tak makan kat sekolah sebab nak simpan duit.

Duit belanja sekolah Niesreena pun tak banyak. Memang bagi cukup-cukup untuk dia makan waktu rehat sekolah pagi dan petang dan jugak lunch. Niesreena tak pernah nak mintak lebih.

Betul kata pepatah... sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Bagusnya amalan menabung!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top