♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 30, 2015

Company Trip | Day 2

Packed and full of fun!

Hari ni memang packed sangat dengan macam-macam aktiviti. Dari pagi hinggalah lewat malam!

Pagi ni, kitorang decide untuk berjalan jer dari bilik ke lobi. Nak menikmati keindahan alam dengan cuaca yang nyaman! Memang best!

Lepas breakfast, kitorang terus bertolak untuk aktiviti island hopping. Actually, pagi tu hujan sangat lebat sehinggalah ke tempat nak naik kapal. Tapi alhamdulillah, bila masuk jer dalam bot, hujan terus berhenti!

Kawasan naik bot untuk island hopping ni ialah bersebelahan dengan Awana Kijal. Dulu masa honeymoon, aku dan enche Neezam dok sinilah. So, mulalah terimbau kenangan lalu... kenangan yang manis. Huhuhu...

Belakang tu lah Awana Resort.

Ini kali kedua aku join island hopping kat Langkawi ni. Korang kalau sampai Langkawi, memang wajib gi island hopping tau! Banyak pulau-pulau lagenda yang akan korang lawati.

Destinasi pertama untuk island hopping ni ialah ke Pulau Tasik Dayang Bunting. Sebelum tiba kat pulau tu, pakcik bot tu berhentikan bot dan tunjukkan kawasan berbukit yang kelihatan seperti perempuan mengandung berbaring. Nampak tak kat bawah ni?

Ada mitos di sebalik nama pulau dan formasi bukit ni. Memang menarik. Korang boleh google yer kalau nak tahu cerita disebalik Pulau Dayang Bunting ni.

Kat tengah pulau Dayang Bunting ni lah terdapat Tasik Dayang Bunting. Ada cerita atau mitos dari turun temurun percaya, air tasik ni penawar untuk orang yang nak mengandung. Diorang kata, kalau susah nak pregnant dan nak pregnant, bolehlah mandi dan minum air tasik ni. Insya Allah... mujarab.

Hey! Ini bukan aku kata, ini orang kata. Tourist guide kitorang pun kata jugak. Hmmmm... betul ker? Tengoklah yer... tadi aku dah mandi. Siap tercekik air tasik lagi. Berhasil ke tak? Niesreena dan Naufal dah lama mintak adik. Huhuhu...

Apa-apa pun, itu semua mitos. Jangan percaya yer kengkawan. Semuanya tentulah dengan izin Allah...

Sejam kitorang kat sini tapi rasa sekejap sangat! Memang best! Lebih-lebih lagi cuaca nyaman sangat!

Destinasi seterusnya, kitorang ke Pulau Singa Besar. Kat sini, kitorang boleh tengok banyak sangat helang di udara. Sesekali nampak helang cuba menyambar makanan dari permukaan laut.

Pit stop terakhir ialah pulau Beras Basah!

Cantik pantai kat sini, tapi airnya tak begitu bersih. Kitorang mandi-manda dan lepak-lepak kat sini lebih kurang sejam.

Kitorang tiba semula di Berjaya Resort lebih kurang pukul 2. Lepas lunch, kitorang bergegas pulak ke Hj Ismail Group kat Kuah. Pinjam kereta sewa kawan jap. Biasalah, perempuan, kalau tak shopping, tak sah!

Unfortunately, gambar shopping kat sini, satu pun tak der! Masing-masing sibuk shopping! Lagipun kitorang ada masa sejam jer kat sini!

Memang banyak sangat barang yang dijual kat Hj Ismail Group ni. Paling giler sekali tengok coklat dan pinggan mangkuk! Rasa macam-macam nak beli... tapi macam mana pulak nak bawak balik nanti? Huhuhu...

Kiter aim dulu... Insya Allah, bulan 11 nak ke sini lagi dengan enche Neezam. Baru shopping yer... Masa tu bawak Mr Banker... lagi best! Hehehhe...

Aku tak shopping apa pun kat sini. Sempat grab satu mangkuk casserole dan coklat coklat coklat coklat coklat coklat coklat coklat!!!

Aktiviti yang dinanti-nantikan ialah annual dinner pada sebelah malam. Memang havoc! Persembahan menarik daripada kengkawan sekerja dan banyak jugak hadiah-hadiah menarik untuk diberikan. Of course yang aku tunggu-tunggu ialah cabutan bertuah!

Orang kuat, Kak Zura!

Good job... well done... and congrats, kak Zura! You deserved what you've got tonight!

Kak Maz, pemenang RM12k! Semua orang nak mintak sikit!!!!!!!!

Tahniah kak Maz!

Dan aku... dapat jugak lucky draw! Yey! Alhamdulillah... dapat nombor 16. Tapi tak tau lah dapat apa lagi. Hadiah will be redeem later back to the office. Tapi mesti best sebab top 20!

Lepas dinner, kitorang ingat nak gi pekan Kuah. Nak ke dataran yang ada statu helang kawi yang besar tu. Mercu tanda Langkawi... rugi kalau tak ke sana... Tapi... memandangkan malam ni malam merdeka, jadi, lupakan sajalah... mesti jem, orang ramai.

Lagipun dah pukul berapa ni?!!!!

Korang tak reti penat?!

Tidor!!! Tidor!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top