♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 15, 2015

Permintaan si Khairuns sebelum mulanya puasa....

السلام عليكم

Dah masuk minggu puasa! Insya Allah hari Khamis ni 1 Ramadhan, maka bermulalah umat Islam semua berpuasa.

Seperti biasa, banyak persediaan nak dibuat untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan ni. Terutamanya untuk para isteri. Mesti sibuk nak memikirkan lauk bersahur dan berbuka setiap hari.

Enche Neezam awal-awal lagi dah mintak aku sediakan sambal tumis kering. Sambal tumis ni memang penaik selera ketika sahur. Makan dengan nasi panas. Kalau ada ikan kering sepat atau kurau ke kan... pergh! Memang terangkat lah! Ish... bertakung ayaq luiq! Huhuhuhuu...

So, balik kerja ni nak kena tumbuk cili kering!

Kitorang jugak dah plan. Tahun ni tak nak berbelanja sangat kat pasar Ramadhan. Tak nak membazir! Sekali sekala ok lah... Kitorang jangka harga-harga kat pasar Ramadhan mesti mencacak-cacak naik dan mahal. So, aku kenalah gigih untuk sediakan juadah. Ala kadar jer cukup...

Insya Allah... tahun ni jugak nak latih Naufal bangun sahur. Tahun lepas, Naufal memang liat sangat bangun sahur. Sebab tu dia tak dapat puasa walau sehari pun! Dah tu, sahur pukul 8 pagi! Lepas sarapan, terus Naufal berniat untuk puasa. Hahahaha... Puasalah sangat kan. Tapi tadi dalam kereta Naufal dah cakap, "Mama mesti kejut Naufal sampai bangun! Naufal nak puasa... Nanti ayah tok bagi duit!" Huhuhu... Ye lah... Ganjaran duit ni biasalah... Penaik semangat untuk berpuasa. Tapi aku ingatkan dia tadi, puasa bukan sebab nak duit, tapi nak masuk Syurga! Naufal sengih jer...

Niesreena, dah 2 tahun berturut-turut berpuasa penuh. Insya Allah, tahun ni Niesreena dah berniat untuk berpuasa penuh lagi. Niesreena dah suruh aku prepare chart puasa dia. Tak sempat lagi nak buat. Insya Allah akan diusahakan hari ni.

So, permintaan-permintaan si Khairuns yang aku kena buat ialah...

☑ prepare sambal tumis kering untuk enche suami
☑ prepare chart puasa sebulan untuk Niesreena dan Naufal
☑ kejut Naufal sahur sehingga bangun untuk puasa

Excitednya menunggu kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!

Aku doakan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadah untuk mendapatkan rahmat dan syafaat dariNya.

No comments :

back to top