♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 24, 2015

Yummilicious puding caramel air tangan si dia!

OMG!

I could not resist not to blog about this!

Semalam balik jer dari office aku tengok enche Neezam tengah sibuk sangat kat dapur. Bukan main beria lagi dok kacau 'benda' dalam periuk.

Aku tengok ada gula. Gula?

Nak buat apa?

Enche Neezam kata nak buat 'puding caramel'.

Seriously?!

Aku tahu enche Neezam boleh memasak tapi puding caramel?

Seriously?! Huhuhu...

Enche Neezam tak pernah buat puding caramel sebelum ni. Tu yang rasa cam bingung jer. Cam salah dengar jer... Hehehehe...

Tapi...

aku percaya kat dia. Dia mesti boleh buat punyer. So, aku tengok jer lah seorang lelaki yang nampak begitu seksi menyepahkan workstation aku dengan senduk dan periuk di tangan!

Dan hasilnya...

Seriously, aku sangat kagum!

The bitterness of the caramel, the softness of the puding is soooooo perfect! Kalah aku buat masa kali pertama dulu... Ada dalam blog ni. Dah malu nak kongsi... Sila cari sendiri. Hehehehe...

Kalau aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri enche Neezam buat puding caramel ni, aku memang tak akan percaya kalau dia bagitau yang dia buat. Hahahhaha... kejam kan...

Ini kali pertama enche Neezam buat puding caramel dan hasilnya sangat mengagumkan!!! Huhuhu...

Alhamdulillah... setakat ni, misi kitorang untuk tak pergi berbelanja ke pasar Ramadhan masih berjaya. Kecuali ari tu masa balik Segamat enche Neezam ada berbelanja jugak. Lagipun ramai orang kat kampung.

Aku... masih suci murni lagi. Huhuhu... Masih tak berbelanja lagi ke pasar Ramadhan walaupun dah round ke dua pasar. Semuanya tak membangkitkan selera and some more mahal!

Insya Allah, petang ni ada cream puff dan fruit tart untuk berbuka! Yey! Alhamdulillah... Oh! Yang ini bukan kitorang buat sendiri tapi beli dari kawan-kawan and yes these are the best cream puff and fruit tart ever!

Tuesday, June 23, 2015

Kalendar Puasa Ramadhan little Khairuns

Dah 5 hari berpuasa, semalam baru mama sempat nak siapkan kalendar puasa Ramadhan untuk Niesreena dan Naufal. Ini pun prepare yang simple jer. Tak der masa nak edit dan customize bagai. Mama sangat busy. Kat office busy, kat rumah pun busy.

Niesreena dah beberapa hari dok tanya. Alhamdulillah, akhirnya sempat jugak buatkan untuk little Khairuns.

Berbeza dengan tahun-tahun lepas; tahun lepas aku prepare 1 kalendar jer untuk Niesreena. Tapi tahun ni, aku buat 2 - satu untuk Niesreena dan satu untuk Naufal.

Alhamdulillah... setakat hari ni, Niesreena dan Naufal masih berpuasa penuh.

Lepas solat maghrib, Niesreena dan Naufal mesti tampal stiker. Diorang seronok tampal stiker tu. Dan seronok bila tengok semua bahagian masih tak ditinggalkan lagi.

Semoga anak-anak mama dan ayah ni sentiasa kuat menjalani rukun Islam yang ketiga ni dan sentiasa kuat jugak untuk sama-sama ikut tarawih dengan mama dan ayah. Amin...

Monday, June 22, 2015

Ramadhan: Melatih anak-anak beribadah

Artikel enche Neezam di Utusan Malaysia hari ni bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia. Kaedah-kaedah yang kami praktikkan untuk mendidik anak-anak supaya berpuasa.

Ramadan: Melatih anak-anak beribadah

Jemaah termasuk kanak-kanak menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Muhammadiah, yang dikenali sebagai Masjid Cina di Ipoh, Perak.

RAMADAN adalah waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Sayugia, ibadah puasa Ramadan menjadi antara tunjang Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk menunaikannya termasuklah anak-anak kecil.

Walaupun kanak-kanak masih belum mukallaf iaitu diwajibkan melak­sanakan syariat, ibadah berpu­a­sa oleh mereka dianggap sebagai suatu bentuk latihan.

Riwayat oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Kami puasakan pula anak-anak kecil kami, dan kami berangkat ke masjid dengan menjadikan mainan daripada kapas buat mereka, jika ada salah seorang daripada mereka menangis minta makanan, kami berikan mainan itu kepadanya sampai masuk waktu berbuka."

Pernyataan ini jelas memberi isyarat bahawa ibadah puasa perlu dididik dan dilatih sejak kecil. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak seawal usia lima hingga tujuh tahun menghayati kele­bihan berpuasa Ramadan. Latihan menahan nafsu makan dan minum di siang hari serta memperbanyakkan amalan mulia dan mengelakkan diri daripada kemungkaran adalah sangat besar impaknya apabila anak-anak ini mening­kat dewasa kelak. Mereka tidak akan berasa canggung untuk melaksanakan bukan sahaja amalan berpuasa bahkan ibadah fardu lain seperti bersolat dan zakat. Begitu juga jiwa mereka akan terdi­dik untuk memperbanyakkan ibadah sampingan yang melengkapkan diri menjadi manusia soleh dan solehah.

Minda dan pemikiran anak-anak perlu dididik supaya tidak mentafsir Ramadan sinonim dengan pesta bunga api dan mercun. Hindarkan mereka daripada terjebak dengan sindrom negatif sebegini yang bukan sahaja membazirkan wang malah membahayakan nyawa.

Anak-anak juga tidak seharus­nya dibiarkan terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer, atau membuat aktiviti tidak berfaedah. Sebaliknya mereka perlu dibimbing menambahkan amal ibadah yang dijanjikan ganjaran sangat besar oleh Allah SWT.

Melatih anak-anak berpuasa perlulah secara berperingkat-pering­kat. Turuti tahap kemampu­an mereka seadanya seperti puasa setengah ha­ri, sekadar beberapa jam, atau beberapa hari sepanjang Ramadan. Unsur ganjaran juga boleh dipraktikkan sebagai elemen penggalak mereka berpuasa. Misal­nya, menyediakan masakan kegemaran mereka untuk berbuka dan bersahur, memberikan pujian, hadiah atau sejumlah ‘duit raya’.

Ibu bapa boleh menceritakan apa perlunya berpuasa mengikut konteks agama dan kesihatan agar mereka faham bahawa berpuasa adalah suatu amalan yang sangat besar faedahnya. Anak-anak perlu dilatih dengan rukun dan pantang larang ketika berpuasa supaya mereka bijak memelihara kesempurnaan puasa mereka.

Dalam bulan Ramadan ini juga, mereka boleh diajak menunaikan solat fardu dan sunat tarawih secara berjemaah sama ada di rumah atau di masjid dan juga bertadarus al-Quran bersama-sama. Anak-anak juga boleh diasuh mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga, jiran dan masyarakat de­ngan menganjurkan majlis berbuka puasa, berziarah dan bersedekah.

Jika kaedah-kaedah yang disarankan ini dapat diamalkan sepanjang Ramadan, insya-Allah mereka akan menjadi bukan sahaja umat Islam yang diredai-Nya, bahkan yang sempurna akhlak dan tatasusilanya. Didikan agama yang mantap sejak kecil pasti dapat menjamin kekentalan dan keutuhan personaliti anak-anak ini apabila menginjak dewasa.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan 
Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sumber dan artikel penuh di sini: http://www.utusan.com.my/rencana/ramadan-melatih-anak-anak-beribadah

Sunday, June 21, 2015

Tazkirah sentap?

السلام عليكم

Hari ni hari ke empat berpuasa. Dan di hujung minggu ni, aku dan keluarga balik ke Segamat untuk berpuasa bersama-sama dengan famili mertua. Meriah betul bila semua balik dan berbuka bersama. Seronok!

Alhamdulillah... Niesreena dan Naufal pun masih belum tinggal puasa lagi. Semakin hari, diorang nampak semakin kuat dan bersemangat. Tak lembik macam hari pertama hari tu.

Actually hari ni aku nak post something yang agak emotional bagi aku. Lepas aku post pasal Naufal 1st puasa ari tu, tetiba aku dapat pm bawah ni kat fb aku.

Seriously... aku agak sentap jugaklah bila tengok msg ni lebih-lebih lagi sebab yang hantar tu pun aku tak lah kenal sangat cuma aku tahu dia tu student husband. Oh ya... lengkap dengan msg...

"Budak 6 tahun tak perlu dipaksa berpuasa. Kesian tengok sampai lembik."

Kalau koranglah, ibu-ibu... sentap ke idok?

So, aku pikir balik... lepas aku post pasal Naufal puasa kali pertama hari tu, mesti ramai yang fikir aku ni emak yang kejam, hati kering, paksa anak puasa sampai lembik! Budak tu baru 6 tahun!!!

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Husnuzon... rasa macam tak mampu. Aku tahu budak tu berniat baik. Selalu pun aku selalu perasan yang dia selalu berdakwah dan post kat fb tu yang baik-baik jer. Tapi I don't think you need to be so sarcastic!

Apa yang buat aku sentap sangat?!

Ko rasa????

Sebab ayat dikongsikan tu seolah-olah aku dan suami tak mendidik dan memaksa anak-anak aku solat! Tapi melebihkan puasa!

Besar betul tuduhan tu!

Yup, aku kongsi kat blog dan fb, Naufal belajar puasa. Tapi perlu ke aku kongsi jugak tiap kali aku paksa Naufal dan Niesreena solat? Perlu ke aku kongsi bila mana diorang kena bantai sebab tak solat atau silap kelakuan solatnya? Perlu ke aku kongsi setiap kali diorang mengaji dengan ayah dia? Perlu ke aku kongsi setiap kali kami solat berjemaah?

Ibubapa zaman sekarang ni dari anak baru berusia 4 tahun dah hantar pergi pra-sekolah. Tak cukup dengan tu, hantar lagi gi tuisyen, hantar gi kelas tambahan, kelas piano, art class, kumon bagai.... Zaman aku dulu, umur 7 tahun baru first time jejak kaki ke tadika. Tadika KEMAS ok. Ada kekawan lain yang tak gi tadika pun, terus masuk darjah 1 masa usia 8 tahun. Masa darjah satu, kitorang masih belajar kenal 1, 2, 3 dan ABC. Masih mengeja A. a.. Y.A.M yam... Ayam!

Budak zaman sekarang? Masuk darjah 1 dah wajib pandai membaca tau! Kalau tak... memang ketinggalanlah. Apapun, Niesreena dulu tetap mula ke tadika masa usia 7 tahun. Alhamdulillah... sebelum masuk darjah 1 dah pandai membaca.

So, salahkah ibubapa nak mengajar anak diorang berpuasa pada usia yang lebih muda? Ada ke hadis yang mengatakan budak sebelum 7 tahun tak boleh berpuasa? Sorry to ask this... but I really want to know!

And some more, aku tak PAKSA Naufal berpuasa. Aku dan suami MENGAJAR anak-anak kitorang berpuasa. ME! NGA! JAR!

Aku start ajar Naufal berpuasa tahun ni sebab aku tahu dia dah mampu. Padahal last year, ada kawan sebaya dia, 5 tahun, yang dah mula berpuasa sebulan penuh! Naufal, 1 hari pun tak puasa. Aku pun tak pernah kejut Naufal bangun sahur sebab aku rasa masih tak perlu lagi.

Tahun ni Naufal 6 tahun, aku tahu Naufal dah mampu untuk berpuasa. Dan Naufal sendiri pun kata dia nak belajar berpuasa. Sebab tu kitorang cuba ajar dia berpuasa tahun ni.

Niesreena pun mula berpuasa masa usia dia 7 tahun. Masa usia dia 6 tahun, dia cuba puasa tapi dia selalu tak dapat berpuasa penuh. Aku tahu dia tak tahan dan kitorang pun tak paksa. Alhamdulillah, start belajar puasa pada usia 7 tahun, Niesreena terus berpuasa penuh. Begitu jugak tahun lepas, Niesreena puasa penuh.

Insya Allah, tahun ni Niesreena berazam untuk berpuasa penuh lagi. Aku doakan Niesreena dapat capai azam dia.

Alhamdulillah... setakat ni pun Niesreena dan Naufal masih berpuasa penuh. Semakin hari diorang semakin bersemangat dan tak lembik macam hari pertama. Aku dan suami pun selalu bagitau Niesreena dan Naufal, kenapa kita kena puasa. Puasa bukan untuk suka-suka ajer! Bukan untuk dapat duit raya ajer!

Alhamdulillah... dah beberapa hari ni kitorang selalu solat tarawih sama-sama. Walaupun solat sunat jer, kitorang tetap ajak Niesreena dan Naufal solat sama-sama. Lengkap sampai witir.

Ha! Ambik! Aku memang emo. Semua nak cerita! Bukan sebab nak menunjuk ke nak riak ke apa. Tapi biar orang lain tak sibuk nak pikir aku ni ajar anak-anak puasa je lebih, solat ke tak?!

Bab Solat... Sejujurnya memang susah nak jaga solat anak-anak. Setiap kali nak kena tanya, "Dah solat ke belum?", "Tadi kat sekolah solat tak?" Kadang-kadang tu belum masuk isya' diorang dah tidur.

Tapi percayalah... aku dan suami sentiasa mendoakan anak-anak kitorang menjadi hambanya yang soleh dan solehah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat dan menjadi ahli syurga kelak. Kitorang sering mendoakan diorang dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat sentiasa beribadat kepadaNya.

Aku percaya, setiap ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan memudaratkan anugerah Allah anak-anak syurga ni. So, terpulanglah kepada ibu bapa macam mana cara yang terbaik untuk anak-anak diorang.

Ada ibu bapa yang nak anak-anak dia masa usia 2 tahun mesti dah pandai berenang, 3 tahun dah pandai membaca, 4 tahun dah hafaz Quran. Semuanya mesti advance! Terpulang... Setiap ibu bapa ada cara didikan diorang memasing... Ikut kemampuan masing-masing.

So, orang luar tu, selagi ibubapa tu tak memudaratkan anak dia, so korang tak payahlah nak sibuk-sibuk masuk campur, sacas bagai...

Anyway, thanks to YOU for your concern. Tapi kadang-kadang tu kalau nak berdakwah tu kenalah pada tempatnya. Tak perlulah nak tunjukkan awak tu bagus sangat. Dan tak perlulah tunjukkan orang lain ni bodoh sangat. Awak tu kahwin pun belum lagi. Esok-esok awak cari isteri yang soleh dan semoga awak dikurniakan ramai anak yang comel dan sihat. Nanti awak ajarlah anak awak puasa pada usia 10 tahun yer... Good luck!

Thursday, June 18, 2015

Naufal 1st puasa

Alhamdulillah... Hari ni 1 Ramadhan. Bulan kemuliaan yang ditunggu-tunggu.

Tahun ni aku dan enche Neezam bercadang untuk mengajar Naufal untuk berpuasa. Tahun lepas, Naufal memang tak berpuasa bahkan tak pernah bangun untuk bersahur pun. Kitorang tak pernah cuba pun tahun lepas sebab takut dia masih tak mampu lagi. Insya Allah, tahun ni, harap-harap Naufal dah boleh belajar berpuasa. Lagipun Naufal dah masuk 6 tahun.

Beberapa hari lepas, kitorang pun dah cakap-cakap dengan Naufal, tanya Naufal samada dia nak puasa ke tak. Dan Naufal dengan semangat sekali kata "Naufal nak puasa!"

Alhamdulillah, pagi tadi Naufal senang jer bangun sahur. Tak der lah nak merengek kata ngantuk ke apa. Dan bersemangat sekali bersahur. Lepas makan nasi, aku sediakan susu untuk Naufal dan juga Niesreena. Harap-harap diorang akan sentiasa bertenaga sehingga masuk waktu berbuka.

Pagi tadi hantar Naufal gi sekolah, aku bagitau pada cikgu sekolah Naufal yang Naufal berpuasa hari ni. Harap-harap Naufal tak lah lasak sangat kat sekolah dan dapat tahan nafsu untuk makan. Insya Allah...

Petang tadi, enche Neezam ambil Naufal dari sekolah. Aku balik dari kerja tadi, aku tengok Naufal tengah tengok tv. Naufal nampak aku balik dan terus peluk aku.

Mama : Naufal puasa hari ni?
Naufal : Puasa...
Mama : Ok. Good boy...
Naufal : Mama... Naufal nak minum air boleh tak mama?

Eeerrrrkkk... Alamak... Naufal mintak airlah pulak. Siap buat muka kesian lagi! Tapi jam dah dekat nak pukul 6 petang. Sayangnya kalau berbuka waktu ni. Aku suruh Naufal sabar dan tahan beberapa jam lagi. Makin menjadi-jadi plak Naufal buat muka kesian.

Mama : Kalau Naufal nak minum, Naufal nak makan tak?
Naufal : Naufal nak minum jer, Naufal tak nak makan.
Mama : Kalau Naufal nak minum, kenalah makan sekali. Kalau tak makan, rugilah Naufal berbuka puasa waktu ni.
Naufal : Nanti Naufal makan waktu berbuka.

Hmmmm... Rugilah. Naufal ni memang jenis susah nak makan sikit. Kalau makan pun jenis memilih. So, aku suruh dia sabar dan tunggu masuk waktu sikit lagi. Lagipun, dari dapur enche Neezam jerit "Tadi Naufal ok jer. Bila mama balik dia mengada nak buka puasa pulak". Huhuhu... Ngengada yer Naufal. Haaaa... enche Neezam sebuk kat dapur tengah goreng mee. Hehehhehe...

Muka monyok budak baru 1st time belajar puasa.

Alhamdulillah... akhirnya Naufal berjaya jugak berpuasa penuh hari ni, berkat kesabaran. Niesreena pun sama; berjaya berpuasa penuh. Seronok waktu berbuka. Nampak muka-muka ceria Naufal dan Niesreena sebab dah boleh makan. Hehehehhe...

Berjaya hari pertama!

Harap-harap hari-hari seterusnya Naufal dan Niesreena akan lebih bersemangat lagi! Insya Allah...

Wednesday, June 17, 2015

Marhaban ya Ramadhan

Jika hati sejernih air, jangan dibiar ia keruh,
Jika hati seputih awan, jangan dibiar ia mendung,
Jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan Iman...

Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
Maaf dipinta setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi,
Taqobalallahu minna wa minkum,
mohon maaf zahir batin atas segala kesalahan...

Selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan. Semoga semua amal ibadah kita diterima dan diredhai Allah swt...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah, ayat 183

Monday, June 15, 2015

Permintaan si Khairuns sebelum mulanya puasa....

السلام عليكم

Dah masuk minggu puasa! Insya Allah hari Khamis ni 1 Ramadhan, maka bermulalah umat Islam semua berpuasa.

Seperti biasa, banyak persediaan nak dibuat untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan ni. Terutamanya untuk para isteri. Mesti sibuk nak memikirkan lauk bersahur dan berbuka setiap hari.

Enche Neezam awal-awal lagi dah mintak aku sediakan sambal tumis kering. Sambal tumis ni memang penaik selera ketika sahur. Makan dengan nasi panas. Kalau ada ikan kering sepat atau kurau ke kan... pergh! Memang terangkat lah! Ish... bertakung ayaq luiq! Huhuhuhuu...

So, balik kerja ni nak kena tumbuk cili kering!

Kitorang jugak dah plan. Tahun ni tak nak berbelanja sangat kat pasar Ramadhan. Tak nak membazir! Sekali sekala ok lah... Kitorang jangka harga-harga kat pasar Ramadhan mesti mencacak-cacak naik dan mahal. So, aku kenalah gigih untuk sediakan juadah. Ala kadar jer cukup...

Insya Allah... tahun ni jugak nak latih Naufal bangun sahur. Tahun lepas, Naufal memang liat sangat bangun sahur. Sebab tu dia tak dapat puasa walau sehari pun! Dah tu, sahur pukul 8 pagi! Lepas sarapan, terus Naufal berniat untuk puasa. Hahahaha... Puasalah sangat kan. Tapi tadi dalam kereta Naufal dah cakap, "Mama mesti kejut Naufal sampai bangun! Naufal nak puasa... Nanti ayah tok bagi duit!" Huhuhu... Ye lah... Ganjaran duit ni biasalah... Penaik semangat untuk berpuasa. Tapi aku ingatkan dia tadi, puasa bukan sebab nak duit, tapi nak masuk Syurga! Naufal sengih jer...

Niesreena, dah 2 tahun berturut-turut berpuasa penuh. Insya Allah, tahun ni Niesreena dah berniat untuk berpuasa penuh lagi. Niesreena dah suruh aku prepare chart puasa dia. Tak sempat lagi nak buat. Insya Allah akan diusahakan hari ni.

So, permintaan-permintaan si Khairuns yang aku kena buat ialah...

☑ prepare sambal tumis kering untuk enche suami
☑ prepare chart puasa sebulan untuk Niesreena dan Naufal
☑ kejut Naufal sahur sehingga bangun untuk puasa

Excitednya menunggu kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!

Aku doakan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadah untuk mendapatkan rahmat dan syafaat dariNya.

Sunday, June 14, 2015

Shopping raya @ Mydin Mall Seremban 2

First time! Tahun ni, first time aku tak tempah baju kurung untuk raya!

Seriously... memang tak sempat! Tak sempat nak cari kain, tak sempat nak cari tailor sebab tempahan untuk raya semua dah tutup! Huhuhu... sadis!

Akhirnya, terpaksa consider beli baju dah siap which is aku tak berapa nak gemor. Bukan sebab apa... sebab selalunya baju dah siap ni biasanya tak ikut badan aku. Ada lah tang yang tak selesa...

Apapun... dah tak sempat. Terpaksalah cari baju dah siap!

Untuk cari baju kurung dan baju melayu dah siap ni, kitorang ke Mydin Mall Seremban 2. Yup! Beli kat Mydin jer... Tak der lah nak gi butik bagai. Nak-nak baju budak... Tak berbaloi. Diorang pakai baju kurung, baju melayu kadang-kadang jer.

Mydin Mall Seremban 2 ni besar! Ada banyak pilihan baju kurung dan baju melayu untuk dewasa dan kanak-kanak. Kain samping, songkok dan ketayap pun untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada. Boleh beli lengkap kat sini. Tak payah gi cari kat tempat lain dah!

Baju kanak-kanak pun banyak pilihan. Tapi for sure, tak der brand punyer lah. Tak der Kiki Lala, Anakku, Poney apatah lagi Osh Kosh, Pumpkin Patch bagai... Pumpkin Patch, Osh Kosh dan Cotton On, Niesreena dan Naufal dah puas pakai masa kat Melbourne dulu sebab kat sana harga murah! Huhuhu... So, balik Malaysia kiter pakai brand Mydin jer lah yer anak-anak... Ok gak kan...

Harga? Aku boleh kata baju budak memang mahal sekarang. Tapi kat sini korang masih boleh cari baju budak sepasang dengan harga RM12. Baju melayu dan baju kurung kanak-kanak ada yang RM20 sepasang. Ok lah kan?!

Kat Mydin Mall Seremban 2 ni jugak ada Aidijuma!!! Amazingly, enche Neezam yang perasan dan heret aku ke sini! Siap enche Neezam cakap, "Cepat sayang... Tak ramai orang tu!" Hehhehehe...

Memanglah tak ramai. Sebab tak der tudung terbaru minggu ni. Ke sebab dah habis? Tinggal sikit jer stok dia. CS Aidijuma kat sini baru buka rupanya...

Kitorang sempat gak singgah kat butik Ummu Aiman Muslimah. Salah satu store kat dalam Mydin Mall ni. Ada banyak jubah-jubah yang menarik dan pelbagai warna.

Dapatlah grab 2 pasang jubah kat sini.

Jubah-jubah dia memang selesa, kain berkualiti, cutting best dan yang penting harganya berpatutan. Sampai rumah, terus try jubah yang aku beli. Memang best! Rasa nak beli lagi!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang check sendiri kat page Ummu Aiman Muslimah ni seperti maklumat di dalam gambar ni.

Alhamdulillah... setel pre-shopping hari raya. Nanti balik Segamat nak shopping lagi. Kat Segamat pun ada port yang aku suka beli baju budak-budak. Insya Allah, nanti aku update k!

Wednesday, June 10, 2015

WW | My baby bobok!

Tuesday, June 9, 2015

Bye bye IDC! Hello XXX!

السلام عليكم

Hai korang!!!

Lama aku tak update blog ek.

Ramai gak rupanya tertanya-tanya - naper dah lama tak update blog? Busy pergi bercuti ker?

Amboiiii... gi bercutilah sangat kan.

Tak lah...

Niesreena dan Naufal jer yang gi bercuti. Sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni, Niesreena dan Naufal balik duduk kat rumah mak tok dan ayah tok diorang. Ayah tok, mak toklah yang bawak diorang berjalan. Dari selatan hinggalah ke utara.

Aku dan enche Neezam ada je kat Nilai. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing. So, memang tak dapat nak bercuti dan habiskan masa dengan little Khairuns kali ni.

Aku... Alhamdulillah sekarang ni masuk company baru. Sebab tu lah tak boleh nak bercuti. Nak update blog pun tak tersempat sebab masih sibuk menyiapkan kerja-kerja company lama dan sedang belajar tentang company baru.

Actually, just transfer ke syarikat lain dari group yang sama. Alhamdulillah dapat peluang yang lebih baik lagi. Insya Allah...

Syukur sangat dengan peluang dan ruang yang Allah berikan. Harap-harap pilihan dan keputusan yang aku buat ni adalah yang terbaik. Yang penting, kena kerja dengan ikhlas dan buat yang terbaik. Ye tak?!

Ok, Julie!

Selamat menempuh alam pekerjaan yang baru!

All to best to myself!

Hehhehehe...

Chaiyok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top