♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 15, 2015

MBSA ohhhhh MBSA....

Wah! Hari ni dapat 'surat cinta' dari MBSA warna pink gitu!

'Surat cinta' selit kat viper kereta sewarna!

Tapi bukan aku jer yang dapat! Ramai lagi!

Haaaa... MBSA datang cari duit 'bonus'!

Bila aku cakap dengan staff MBSA yang kat sini parking penuh, memang dah tak der parking dia senang-senang je jawab "ni bukan kawasan parking. Cari parking kat dalam! Kalau tak der bukan masalah saya! Cari parking! Cari parking!"

Senangnya cakap...

Parking dalam dah penuh lah! Ingat kitorang sajer-sajer ke nak parking kat tepi jalan ni???!!!

Aku tahu awak tu jalankan tanggungjawab, tapi pakai otaklah sikit. Kalau memang dah tak der parking nak buat macam mana????!!!!

Sila... Sila jalankan tanggungjawab anda... Jangan ingat duit korang dapat tu akan halal ok!!!

Ohhhh yaaa.... Alang-alang dah sampai kat kawasan kami ni... jalan yang berlobang-lobang tu tangkap gambar sekali yer. Sepanjang 4 tahun aku kerja kat sini jalan tak pernah berturap. Lobang besar-besar... Nak masukkan korang pun muat!!!

Haaa... jalan raya dah lah berlubang. Garisan pun dah tak nampak. Pokok-pokok hampir tumbang tu dah banyak kali kitorang komplen tapi tak pernah nak datang potong. Sampah-sampah bersepah tepi jalan tu kutip sekali!

Parking kat sini memang selalu penuh. Pagi tadi aku sampai 10 minit sebelum pukul 9 pagi pun dah tak der parking. Memang terpaksa parking tepi jalan ni. Ramai pun yang parking tepi jalan. Dan yang penting, tak der mengganggu pengguna jalan raya lain pun. Tak der lah sampai block jalan dan trafik jem bagai. Boleh je lagi nak lalu 2 ways!

Nak parking jauh-jauh giler ker? Kawasan ni dah lah banyak kes ragut. Bangla dan nepal pun ramai jer yang duduk kat kawasan sekitar ni. Korang nak tanggungjawab ker?

Geram betul!

Ye! Aku sangat geram! Dah lama giler tak rasa geram macam ni!

Tak pasal-pasal kena saman.

Aku bukan tak mampu nak bayar. Tapi daripada bayar kat MBSA saman yang tak sepatutnya ni, lebih baik aku sedekah kat pengemis kat pasar malam tu!

Tapi tak perlah... Mungkin diorang ni pun level-level penggemis... So aku dengan rasa baik hati, bayar jer lah!

Aku call MBSA, nak tahu kadar saman. Dalam masa 24 jam bayaran saman cuma RM10, then lepas tu jadi RM30 dalam masa 14 hari. Lepas 14 hari jadi RM60 dan maximum RM100. Customer center MBSA kata kena bayar kat kaunter MBSA atau maybank2U atau kat Bank Rakyat.

Ini masalahnyer.... bukan tak mampu nak bayar. Tapi nak pergi membayarnyer tu... Adooooiiii!!! Menyusahkan!!!

Ingat nak bayar kat Bank Rakyat je. Bila aku call BR, BR kata kat sana tak boleh bayar saman, cuma boleh bayar cukai jer.

Haiii... macam mana lah diorang ni kerja. Bagi info pun salah. Nasib baik aku tak gi BR lagi. Kalau tak... buang masa jer. Lagi naik angin aku.

Aku call lagi customer center MBSA, bagitau yang kat BR tak boleh buat bayaran kompaun parking. Baru terhegeh-hegeh kata "oooo... ye lah..." Korang suka-suka hati jawab je kan... Memang pandai menyusahkan orang. Then dia kata boleh bayar melalui kiriman wang pos. Kalau buat hari ni buat wang pos RM10 je. Hmmmm... tak tau lah betul ke tidak. Tapi aku buat je lah. Later kalau diorang persoalkan... ada yang nak kena semburlah!!!

Nah! Ambik RM10 ni! Nak sangat kan?!

Lepas ni bila dah banyak pungut saman, kasi turap sikit jalan kat Kota Raja ni eh. Jangan pandai korek duit je, memberinya non hado!!!

2 comments :

Ibu Ilyanie(s) said...

alamak! cuwaknya rasa bl kena mcm ni...
P/s: Jemput menjengah umah saya and folo too... puterihannan.blogspot.com

Julie Mangsor said...

Tak lah cuak sangat... Marah sangat ada lah... ;p

Following your blog... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top