♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 15, 2015

Resepi | Pancake Gebu

Semalam, tetiba Niesreena mintak pancake untuk breakfast. Kata Niesreena, dah lama mama tak buat pancake. Hmmmm... memang dah lama tak buat. Lama sangat!

So, semalam, aku pun confident jer bancuh tepung naik sendiri, telur dan masak atas non-stick pan.

Tapi...

Aikkkk! Naper tak gebu ni?! Rupa dah macam lempeng jer.

Sadis sungguh.

Terpaksalah Niesreena makan lempeng, instead of pancake untuk breakfast semalam. Huhuhu...

Tak puas hati dengan pancake jadi lempeng, then aku search balik kat blog aku. Dan jumpa balik resepi pancake!

Sebab inilah aku suka tepek resepi kat blog. Bila-bila masa boleh cari balik resepi yang best. Kalau setiap kali nak google resepi payah gak sebab tak tau mana satu yang paling best!

Then pagi tadi buat lagi untuk breakfast. Dan menjadi dengan jayanya! Niesreena suka sangat!

Sedapnya makan panas-panas! Atas dia garing, dalamnya lebut gebus gebabos!

Tetiba Naufal pun nak makan. Tak sempat-sempat tunggu mandi. Naufal berus gigi jer dan terus duduk kat meja makan.

Naufal kata, "Sedapnya bauuuuuuuuuu"

~~(^-^)~~

TQ sayang!

So, hari ni nak kongsi resepi kat sini. Actually, aku just kopipes dari post aku yang lepas [Yummilicious Pancake] ni jer.

Bahan-bahan:-

Tepung naik sendiri 3 cawan (kalau tak der tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung gandum dan tambahkan 1 sudu baking powder), telur sebiji, susu segar 2 cawan, garam secukup rasa, bleh gak tambah esen vanila untuk bagi wangi... Boleh gak tambah serbuk coklat untuk perisa coklat, atau jagung... sedaaaapppp...

Cara-caranyer:-

Adunkan semua bahan dalam bowl dan masak menggunakan non-stick pan selama beberapa minit sehingga masak. Tak perlu diterbalikkan...

Bila siap bolehlah disaji samada bersama-sama madu, maple syrup, chocolate fudge, aiskrem, atau buah-buahan such as banana, strawberry, kiwi... Sedap... Bebudak mesti suka sebab Niesreena pun suka...

Niesreena dan Naufal suka makan dengan susu pekat manis dan chocolate fudge. Aku dan enche Neezam suka makan dengan madu dan butter.

Habis Niesreena makan!

Selamat mencuba!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top