♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 27, 2015

My lovely baby boy

Alhamdulillah.

Hari ni, 27 April 2015, genap usia Khairunnaufal 6 tahun.

✧ ✧ ✧ ✧ ✧

Selamat Hari Jadi, Naufal sayang.

Mama dan ayah sentiasa mendoakan Naufal dan kakak sentiasa di bawah lindungan Allah dan para malaikat. Semoga membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, cemerlang dunia akhirat. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan Naufal dan kakak.

Mama, ayah dan kakak you sooooo much!

Amin Ya Rab

✧ ✧ ✧ ✧ ✧

Tahun ni Naufal request nak celebrate birthday kat tadika dengan kawan-kawan dia. Dua tahun sebelum ni, dua-dua tahun tarikh harijadi Naufal jatuh pada hujung minggu. So, memang tak dapat celebrate kat tadika.

Tahun ni, memandangkan birthday Naufal hari sekolah, so, aku dan enche Neezam pun decided untuk celebrate birthday Naufal dengan kengkawan dia.

Actually, apa-apa pun kitorang tak prepare lagi. Just janji dengan Naufal, mama dan ayah akan datang bawa kek harijadi jam 11 pagi. So, bergegaslah aku dan enche Neezam cari kek dan goodies. Prepare semua adhock!

Pukul 11 lebih baru sampai kat tadika Naufal. Naufal seronok sangat tengok mama dan ayah datang bawak kek harijadi dan goodies untuk kawan-kawan.

Lepas nyanyi-nyanyi lagu harijadi oleh kawan-kawan Naufal. Naufal pun potong kek dan makan dengan kengkawan. Naufal nampak happy sangat!

Actually, ni first time gak aku dan enche Neezam celebrate harijadi anak kat tadika. Niesreena tak pernah celebrate harijadi kat tadika mahupun sekolah sebab birthday Niesreena bulan Disember. Memang cuti sekolahlah kan...

Besarnya mulut mama. Huhuhu...

Lepas makan kek, Naufal beri goodies untuk kawan-kawan.

Hadiah birthday Naufal tahun ni!

Naufal memang suka sangat mainan ala lego. Sekarang ni Naufal paling minat lego Ninjago. Alhamdulillah... Rezeki Naufal. Dapat satu set untuk Naufal hari ni.

Tapi...

Masalah bila beli mainan ala lego ni ialah.... akulah jadi mangsa dan assemble bendalah ni. Naufal tolong carikan bendanya jer. Haaaiiiisssshhhh! Mama tolong this time je hokay! Next time kena buat sendiri.

All 214 pcs! Sejam jugaklah aku ngadap benda ni.

Berjaya jugak! I'm so proud of myself.

Huhuhuhu...

(^^")y

Apa-apalah Naufal. Asalkan Naufal gumbira.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top