♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 25, 2015

First time kat sini! Dan sini!

Hari ni kitorang berjalan lagi!

Memang tak reti duduk rumah kan?!

Huhuhu...

Actually, enche Neezam kerja. Ada kerja dengan AADK di Johor Bahru. Biasalah enche Neezam... busy sokmo. Hujung minggu pun kena kerja. So, kitorang ambillah kesempatan untuk mengekor enche Neezam sekali. Sambil-sambil tu jadi peneman.

Biasalah... kitorangkan peneman setia enche Neezam...

Biasanya bila ke JB enche Neezam suka sangat menginap di M Suite. Tapi kali ni kitorang sajer jer nak tukar angin. So, this is our first time @ KSL.

KSL ni kat bandar. Actually agak jauh jugak kalau enche Neezam nak ke klinik Cure & Care kat Tampoi tu. Tapi... tak per lah... Enche Neezam kata ok ajer... huhuhu...

Apartment kitorang tingkat 19, permandangan mengadap city dan Singapore. Memang saujana mata memandang! Best!

Actually, aku nak book bilik hotel sebenarnya. Ntah macam mana kesilapan teknikal tertempah apartment plak. So, korang kalau nak booking kat KSL, pastikan samada nak booking bilik hotel atau apartment. Sebab kalau nak masuk lobby diorang lain-lain dan untuk apartment ni tak der kemudian customer service mahupun breakfast. Tapi kalau datang ramai-ramai, apartment KSL ni memang sangat berbaloi sebab biliknya besar dan harganya pun berpatutan.

Lepas zuhur, enche Neezam pun berangkat pergi kerja. Aku, Niesreena dan Naufal berehat sekejap kat bilik tapi bebudak ni dah bising nak gi pool. Biasalah diorang... pantang dok hotel, mesti nak cari pool. Lepas asar baru kitorang turun gi main air! Yey!

Di KSL ni, ada waterpark. Dinasor waterpark namanyer. Free untuk guest KSL. Ada banyak replika dinasor kat sini dan semuanya boleh bergerak dan berbunyi. Kat dinding-dinding terdapat banyak info mengenai spesis-spesis dinasor yang pernah wujud. Tapi... tak der orang baca pun... sumer orang sibuk main air.

Siap ada maskot dinasor lagi. Menakutkan plak tu!

Dah lah rupanya menakutkan, dikejar plak bebudak ni. Bertempiaranlah bebudak ni lari. Termasuklah Niesreena dan Naufal. Huhuhu...

Petang tu, enche Neezam balik dari kerja dan join kitorang kat sini.

Tambah seronoklah Niesreena dan Naufal. Ayah diorang rajin melayan. Mama duduk tepi pool jer, baca buku!

Like father...

like son!

Sesi bercakap dengan dinasor!

Saper yang over excited???

Tengah tu muka masih excited lagi. Yang kiri kanan tu dah kepenatan!

Relax sangat!

Cuaca pun cantik. Mendung je.

Sampai pukul 7 bebudak ni main air.

Malam tu kitorang ada temujanji istimewa dengan kawan istimewa.

Kitorang ke Tera-Thai.

First time kitorang makan kat sini. Makanan ala Thai kat sini memang sedap dan interior luar dan dalam rumah ni sangat unik!

Terima kasih Dr 'Mat Rock' dan kak Shidot! Lepas rindu jumpa kawan lama. Lebih 10 tahun kitorang tak jumpa.

Balik dari dinner, Niesreena dan Naufal 'pengsan' dalam kereta. Kepenatan sangat-sangat lah tu.

Hmmmmm... esok lagi penat kot. So, simpanlah tenaga banyak-banyak yer...

Nak tahu kemana kitorang pergi esok???

Wait for the next post!

y(^-^)y

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top