♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 5, 2015

Day 3 | Air laut yang jernih & Alive 3D Art Gallery

Hari ni kitorang pergi cari pantai!

Kalau tengok dari Avillion, pantai nampak jauh jer. Tapi sebenarnya dekat je jalan kaki. Sebelah jer.

Pantai kat sini sangat bersih. Dan air lautnya, subhanallah... bersih! Jernih hokay! Memang beza sangat banding dengan air kat pantai PD depan Seri Malaysia yang selalu kitorang pergi tu.

Seronoknya tengok air laut yang bersih dan jernih. Pantai pun bersih jer... Cumanya kalau tak dok hotel, kat are ni memang tak der tempat salin pakaian. Mungkin sebab tu masih bersih sebab tak ramai orang datang ke area ni.

Alhamdulillah... cuaca pagi ni pun mendung-mendung jer. Tak panas pun. Memang seronok mandi pantai.

Niesreena dan Naufal enjoy sangat!

Niesreena dan Naufal jumpa harta karun!

Huhuhu...

Tak puas mandi pantai sebenarnya, tapi bergegas ke pool pulak. Ye lah... sat lagi nak check-out. So, final round kat pool!!!

Tengahari tu, enche Neezam berkesempatan bagi ikan makan pulak.

Carrot cake kat sini sedap. My last meal kat sini. Nyum nyum...

Lepas check-out dah lunch kat hotel, kitorang ke

Alive 3D Art Gallery, Lukut.

Alang-alang dah dekat, haruslah singgah kan...

Alive 3D Art Gallery ni terletak kat Lukut, Port Dickson. Berdekatan dengan Giant PD. Bayaran masuk cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Penat jugaklah pusing-pusing tangkap gambar. Rasanya ada 3 tingkat kot. Banyak giler ambik gambar.

So, korang, kalau dah sampai Port Dickson, bolehlah singgah kat sini. Make sure bateri camera full ok!

y(^^)y

Well...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top