♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 11, 2015

Asam pedas telur ikan!

Baru ingat hujung minggu ni nak 'belai-belai' rumah. Tetiba enche Neezam kata dia ada kerja kat Ayer Keroh. Hmmmm... apa lagi, hari Sabtu pagi tu kelam kabutlah vakum rumah. Lepas asar baru kitorang bertolak ke Melaka.

Lepas check-in hotel, kitorang keluar balik. Lapaq baq hang!

Baru sibuk nak lunch. Alang-alang dah sampai Melaka, mestilah try asam pedas kan! So, kali ni kitorang try kat sini. Cari dekat-dekat jer dengan hotel sebab sat lagi enche Neezam nak gi bekerja.

Aku try asam pedas telur ikan. Sedapnya telur ikan!

Alamak! Terliur plak bila teringatkan telur ikan yang sedap ni!

Enche Neezam plak makan asam pedas ikan sembilang. Terasa ikan yang fresh!

Setiap set asam pedas ni datang dengan nasi putih, telur asin, timun dan belacan.

Honestly, aku suka telur ikan dia. Memang best! Tapi kuah... memang tak boleh lawan yang mak aku buat. Asam pedas emak memang supper dupper yummilicious yang tak der saper dapat lawan! Cukup asam! Cukup pekat! Kalau makan asam pedas mak mesti banjir satu pinggan!

Alamak! Terliur lagi! Terliur asam pedas emak yang sedap tu!

Maklumlah... emak aku pun orang Melaka. So, asam pedas emak memanglah sedap. Asam pedas arwah nenek dulu pun sedap! Asam pedas ikan terubuk arwah buat memang perrrgggghhhhh!!!

Ooooo alang-alang cerita pasal asam pedas, asam pedas kedua yang aku suka ialah asam pedas kak Jumee. Kenalan kitorang kat Melbourne dulu. Bila makan asam pedas kak Jumee, teringat asam pedas emak. Huhuhu... Kak Jumee pun orang Melaka. Nasib baik ada orang Melaka kat Desa Bundoora dulu. Lepas gak rindu nak makan asam pedas piaw!

Huhuhu...

Petang... enche Neezam kerja. Biasalah... bagi ceramah; bebel situ, sana, sini. Bebel ada isilah... Kat hotel yang sama jer.

Aku... macam biasa layan budak-budak kat pool.

Mandilah sampai kecut... Hhuhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top