♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 24, 2015

Jom tampal lobang!

Hari ni aku cuti. Pagi tadi ada hal personal, which is expecting a positive result. Ameen! Ameen ya rab!

Dan petang ni, bawak Naufal gi tampal gigi.

Dah beberapa hari ni Naufal dok sakit gigi. Setiap malam merengek sakit gigi. Rupa-rupanya ada 2 batang gigi geraham dia yang berlubang.

Aduuuhhhhh... sakitnya tuh situ!

Aku yang dah tua ni pun kalau sakit gigi rasa macam nak pengsan, ni kan pulaklah si kecik Naufal tu. Cian hero mama...

Sebelum ni, aku beberapa kali ke klinik gigi Tiew, kat pekan Nilai lama. Walaupun klinik gigi cina, tapi doktor yang merawat aku dulu doktor perempuan melayu. Ok jugak sebenarnya.

Tapi aku perasan ada klinik gigi baru bukak, atau pun dah lama bukak tapi aku baru perasan kat Bandar Baru Nilai - Klinik Gigi Syifa'. Well, obviously, klinik muslim. Tentulah pilihan terbaik kan...

So, lepas buat appointment, kitorang tiba kat klinik tu tepat pukul 2 petang.

Hari ni Naufal tampal 2 batang gigi geraham dia yang berlubang. Ini kali kedua Naufal ke klinik tampal gigi. First time dulu, Naufal gi dengan ayah dia. Memang enche Neezam kata Naufal relax jer. Tapi aku plak macam tak percaya.

Tapi hari ni bila tengok sendiri... wah... beraninyer Naufal!

Even doktor pun kata Naufal sangat berani. Hehehehe...

Alhamdulillah... settle beberapa benda penting hari ni. Lega bila Naufal dah tampal gigi. Harap-harap dia tak mengadu sakit gigi lagi. Tadi pun doktor beberapa kali nasihatkan Naufal tentang penjagaan gigi - kena rajin berus gigi, sebelum tidur berus gigi, kalau nak makan gula-gula sebiji je sebulan, ok...

Dari segi harga, aku rasa berpatutan lah kot. Sebab aku pun tak compare dengan klinik gigi lain untuk rawatan gigi untuk kanak-kanak. Macam Naufal hari ni, kena RM10 untuk consultation fee dan RM30 untuk tampal sebatang gigi. So, overall total ialah RM70 sahaja. Ok tak?

So, korang yang berada di sekitar Nilai, bolehlah dapatkan rawatan gigi di Klinik Gigi Syifa ni. Klinik gigi ni buka sehingga jam 9 malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Ia terletak kat sederet dengan Pizza, Secret Receipe dan KFC bandar baru Nilai.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, korang boleh ke fb Syifa' Dental Clinic <<<<< klik sini. Check it out!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top