♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 1, 2015

Riadah hujung minggu ♡

Hujung minggu ni kitorang tak kemana-mana pun. Masing-masing sibuk dengan kerja rumah. Enche Neezam sibuk membersihkan 2 biji kereta, Niesreena dan Naufal sibuk dengan kerja sekolah masing-masing. Maklumlah... 4 hari cuti sekolah...

Dan aku, seperti biasa, sibuk menguruskan pakaian, membersihkan rumah dan memasak. Nasib baiklah enche Neezam ni jenis ringan tulang. Sedikit sebanyak membantu aku menguruskan kerja-kerja rumah.

Petangnya... enche Neezam nak gi jog. Soalan cepu mas kat aku, "Nak joging?"

Eeeerrrr... terkedu tak tau macam mana nak jawab. Aku dah lama tak joging. Dah lama tak bersukan!!! Sebab aku rasa, buat kerja rumah pun macam bersukan gak. Banyak gak keluar peluh.

Huhuhu... alasan... Munasabah tak?

y(^^)y

Tapi, petang semalam, rasa macam.... jom lah! Jom lah joging!

Setelah beberapa tahun, baru hari ni sarung balik kasut ni...

Enche Neezam suka pergi taman awam Nilai. Besar gak taman kat sini. Bersih dan terurus.

Enche Neezam dapat 5 pusingan hari ni. Basah baju dia. Eeeeuuuwwwww...

Aku... hehehhe... alhamdulillah... Dapatlah 3 round.

Niesreena dan Naufal... dapat gak 2 round! Chaiyok!

Hari ni plak, kitorang gi taman Kota Seriemas.

Cantik taman kat sini sebab ada tasik yang sangat besar dan bersih. Siap ada orang memancing!

Hari ni, kitorang tak plan nak joging pun. Just jalan-jalan berpimpinan tangan jer... Cewah... Sambil dengan tazkirah daripada enche Neezam... huhuhu...

Seronoknya cuti. Memang jarang-jarang dapat dok rumah masa cuti. Kalau tak, asyik dok berjalan jer. Ada jer destinasi kitorang... Paling-paling pun gi balik kampung. Tapi sebenarnya, kalau dok rumah masa hujung minggu lagi penat. Ada jer kerja nak buat.

Ni dua hari dok rumah pun, macam-macam kerja buat, tapi tak settle-settle gak. So, petang ni, gi release tension dengan kekasih hati dan anak-anak. Tenangnyer rasa...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top