♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 6, 2015

Birthday cayang cayer... ❤

Ini cayang cayer.

Hari ni birthday dia yang ke 35.

Tapi ramai yang kater umur dia 25. Sebab tu aku kena telan kolagen, vit E, vit C, biji anggur banyak-banyak untuk nampak sebaya dengan dia. Walaupun sebenarnyer aku lebih muda dari dia. Muda 5 bulan! Huhuhu...

Aku kahwini dia masa umur dia 25 tahun. Tapi masa tu dia tak handsome macam sekarang.

y(^^)y

Khairunneezam

My husband, my love, my bestfriend!

Dialah kawan gembira, dialah kawan gaduh...

Dialah imam aku, 5 kali sehari, seboleh-bolehnya. Dialah ustaz yang paling garang ngajar ngaji. Dialah pendendang paling bising kat rumah, dari lagu melayu, ke lagu hindustan, kpop, ke tamil pun jadi! Dialah hantu kopek yang paling hantu dalam segala hantu!!! Suka sangat dok sergah terkejutkan aku!

Dan dia jugaklah mesin atm yang sangat sangat senang aku nak cucuk. Huhuhu...

Dia peneman yang setia. Kalau aku masak, dia dok kat meja makan, temankan aku, sambil bercerita, sambil tengok hp... Kalau aku sidai baju, dia pun turut bantu, kadang-kadang dia hanya berdiri kat pintu sambil bercerita tentang hari dia, tentang kerja dia, tentang student dia...

Kalau dia lipat baju, aku buat tak tau jer. Huhuhu...

Dialah yang sentiasa menceriakan hidup aku. Sentiasa bersama aku disaat susah, senang, suka dan duka. Sentiasa memberikan yang terbaik buat aku, Niesreena dan Naufal.

Alhamdulillah... Hari ni usia dia dah masuk 35 tahun. Semoga dia sentiasa di bawah lindungan Allah swt, diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala kesedihan, kedukaan dan hasad dengki serta sihir jin, manusia dan syaitan.

❤❤❤❤❤❤❤

To my lovely husband,

Every day in my life is perfect because it starts and ends with hugs and kisses from the man I love more than anything else.

Happy birthday & I love you so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top