♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 3, 2015

Resepi | Mashed Potato with Creamy Chicken Gravy

Penatnya...

Sepanjang hari ni kitorang membersihkan
Khairuns Homestay D'Bestari

Alhamdulillah... homestay dah bersih, berkelat-kelat!

Balik dari membersihkan homestay, rehat-rehat sekejap, terus check-in kat dapur.

Ari tu ada beli

beef shoulder.

So, apa lagi... Western lah kiter malam ni.

Beef steak with creamy mushroom sauce, mashed potato, coleslaw and sweet corn. Macam biasa, extra kasih sayang. Huhuhu...

Hari tu aku ada kongsi resepi Lamb Chops with Creamy Mushroom Sauce kan. So, sos dia sama jer, marinate daging pun sama jer. Korang kalau nak resepi marinate, sos cendawan dan coleslaw, bolehlah klik kat sini.

Cuma sides menu jer lain sikit kali ni. Just grilled sweet corn, favorite Naufal ni, dan buat sendiri mashed potato ala KFC. Tak pernah buat kentang lenyek sendiri. So, aku google!

Korang nak try buat tak?

Nah resepi!

Smooth Mashed Potato

Bahan-bahan untuk 4 orang

2 biji kentang bersaiz besar
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar
Serbuk lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

Ketang dikopek kulit, dibersihkan, dipotong dadu dan direbus,
Bila kentang dah empuk, toskan airnya dan masukkan dalam mangkuk.
Lenyekkan kentang dengan garpu.
Campurkan butter, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa sehingga sebati.
Campurkan susu segar sedikit demi sedikit, sehingga adunan menjadi gebu. Jangan terlebih susu, takut jadi sup!

Creamy Chicken Gravy

Bahan-bahannya

Setengah biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu butter
1 sudu serbuk perencah ayam
1 cawan air
Serbuk lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

Panaskan periuk dengan api kecil dan masukkan butter.
Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kekuning-kuningan.
Campurkan 1 cawan air dan kacau.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang selebihnya dan kacau hingga sebati.
Jika adunan menjadi terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
Then, bolehlah tutup api.
Jika gravy berketul-ketul (sebab tepung jagung), bolehlah blend sekejap dan tapiskan.
Siap!

Bolehlah dihidangkan untuk sajian keluarga tercinta!

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top