♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 31, 2015

Kembara Surabaya | Yang sedap... yang enak! Yang jelik... yang pelik!

Antara benda yang aku enjoy bila berjalan jauh ke negeri atau negara orang ialah

MAKAN!

Aku memang suka sangat try makanan yang rare atau jarang-jarang jumpa kat tempat aku. Tapi... tak semua aku lalu atau berani makan. Huhuhu...

Sebelum aku ceritakan pengalaman kitorang masa ke Surabaya ari tu dalam post-post akan datang, hari ni, aku nak cerita pasal makan kat sana terlebih dahulu.

Masa first day sampai kat Surabaya, kitorang dibawa ke restoran ayam bakar.

Enak bangat! Maklumlah... masing-masing pun tengah lapar.

Set ayam bakar ni lebih kurang macam set ayam penyet. Kering jer... Sup kosong pun tak der. Tapi ayam bakar dia memang sedap. Manis.

Tapi ada satu pinggan ni, jangankan lalu nak makan... nak tengok pun tak lalu... tapi enche Neezam sajer jer sua-sua kat depan aku. Waaaaaaa.....

Huhuhu... tau tak apa tu?

Tu kepala ayam! Kepala ayam yang di bakar!

Memula tu aku ingatkan peha ayam. Tetiba dengar enche Neezam kata "kepala ayam! enak eh loo..." terus rasa nak pengsan! Huhuhu...

Hmmm... dari first day lunch. Hinggalah hari nak balik, kitorang asyik disajikan dengan teh O Indonesia. Memang puas minum teh O! Actually, kitorang masa dari Melbourne memang suka minum teh O diorang sebab masa kat Melbourne suka makan kat Es Teller, restoran Indonesia, mesti beli teh kotak Indonesia. Rasa dia lain sikit. Wangi! Dan sedapppppp...

So, bila kat sini, minum teh O puas-puas! Bila balik Malaysia... tak lalu nak minum teh O dah... sebab dah overdose! Heehhee...

Breakfast hari kedua, kitorang diberi nasi bungkus. Memula terkejut gak bila dapat bungkusan kotak macam ni. Macam kotak kek!

Memula... ingatkan kek! Aik! Takkan orang Indonesia makan kek untuk breakfast kot.

Tapi, bila bukak...

Macam-macam ado!

Ambik ko! Heavy breakfast! Pukul 6 pagi dah diberi nasi. Tapi rasanya memang diorang kat sana biasa heavy breakfast kot. Memang selalu kitorang dihidang nasi pagi-pagi masa kat sana.

Beberapa kali jugaklah kitorang diberi makanan bungkusan kotak macam ni - oleh ajen dan jugak pihak uni ketika majlis rasmi.

Yang bawah ni pulak nasi pecel. Disajikan kepada kitorang ketika berkunjung ke SMA Muhammadiyah 10. Kemain pedas. Tapi tuan rumah kata, "sedikit saja pedasnya..."

Nangis jap! Huhuhu...

Boleh dikatakan, setiap kali makanan disajikan kepada kitorang, mesti ada keropok, tahu dan tempe. Wajib!

Kebanyakkan kuih muih yang aku makan kat sana memang agak berlainan dengan kita di Malaysia. Sorry tak sempat nak snap gambar dah ngap terus!

Tapi ada jugak kuih yang sama dengan kita di Malaysia.

Tapi aku paling teruja bila dibawa ke kedai aneka kerepek di Sidoarjo. Ada macam-macam kerepek pelik-pelik yang tak der kat Malaysia! Aku beli serba sedikit untuk rasa. Kurang-kurang... bila orang tanya, "pernah makan tak xxxxx?" Boleh gak jawab "Pernah!"... Hehehhehe...

Antara yang aku rembat kat sini ialah...

Kerepek nangka!

Memang sedap! Tak rugi beli walaupun harganya sedikit mahal berbanding kerepek-kerepek yang lain. Selain kerepek ubi ada jugak kerepek cempedak dan kerepek epal.

Keropok kulit lembu. Kulit tau! Ada berani??? Keropok kulit kerbau pun hado!

Ni yang aku pelik... apa kebenda ni??? Korang tau tak kerepek apakah kat gambar ataas ini??? Cer teka!

Yang atas ni pulak ialah kerepek kentang simping. Tapi tak tau lah apa kebenda sebenarnyer...

Bawah ni ialah kerepek paru. Rasanya biasa-biasa sahaja.

Kerepek kulit ikan. Memang kulit jer. Isi ikan memang tak der!

Yang bawah ni... agak-agak apa???

Aku masih tak berani try lagi. Ada sepeket masih belum berbuka.

Tau tak apa bendanya tu???

Itulah gamat. Kerepek gamat! Sedap ker???

Kacang soya yang digoreng dengan rempah.

Sarang madu yang memang manis giler bagaikan madu!

Tapi yang paling aku kagum ialah pelbagai jenis keropok buah-buahan kat bawah ni! Sedap!

Keropok anggur, pink guava, kiwi, buah naga, limau dan ada macam-macam jenis buah lagi!

Semuanya sedap-sedap!

Tapi antara banyak-banyak keropok kat atas tu. Aku paling suka keropok ni... Aku nak korang teka tadi.

Ini ialah keropok tahu. Memang sedap! Aku suka!

(^^)

Hari terakhir kat Surabaya, kitorang dijamukan breakfast yang istimewa iaitu nasi soto.

Nasi soto diorang ni agak berbeza dengan dengan soto nasi di Malaysia. Cuma yang sama ialah penggunaan kuah sup ayam. Nasi soto menggunakan nasi, bukannya nasi impit macam kat Malaysia. Sambal kicap pun tak der yer...

Aku paling suka side dia yang pada mulanya aku ingatkan kacang hancur. Tapi bila makan rasanya lain sangat dan sedap. Rupanya... itu ialah keropok goreng yang dah dihancurkan dan dicampur bersama-sama bawang goreng.

Enak!

Selain tu, kat Surabaya, aku berkesempatan juga mencuba

daging gulung

dan

sayur asem

Memang aku tak jumpa kat Malaysia. Sayur asem tu memula tengok... peliknyer... apasallah ada jagung setongkol macam ni dalam sup. Tapi bila dah makan... memang sedap! Terasa manis jagung dalam sup. Tapi daging gulung tu... aku tok leh terima sangat. Pelik sikit.

Kat sepanjang jalan di Surabaya, boleh lihat banyak peniaga-peniaga jalanan, menjual pelbagai jenis makanan. Terutamanya bakso, ayam penyet, tempe penyet, bebek penyet! Sana sini bebek. Diorang memang suka makan bebek. Rasanya orang Malaysia, tak pandai sangat kot makan bebek. Oooo... bebek ialah itik.

Sebelum berangkat balik, kitorang sempat singgah beli belah last!!! Kat situ ada jual dua sambal ni. Aku tengok ada sorang kakak ni, ambil lebih 10 botol masuk bakul dia. Sedap sangat ker?

Disebabkan harga dia hanya lebih kurang 5 hengget sebotol. Aku pun belilah 2 ni. Just nak habiskan rupiah Indonesia yang aku ada.

Tadi, masak nasi putih panas-panas, goreng ayam, then makan dengan sambal ni. Perrrggghhhh!!! Pedas giler!!! Dan sedapnyerrrrr!!! Rugi tak beli lebih!!!

So, korang, kalau ke Indonesia atau Surabaya khususnya, jangan lupa try makanan-makanan diorang ok!

~~(^^)~~

Macam-macam dah makan ni. Jom jog!!!

Thursday, January 29, 2015

I'm back! (^^)

السلام عليكم

Hallo! Hallo semua!

Waaaa... dah lamaaaa tak online, tak update blog.

Juliet le sweetheart dah lama tak bukak blog, tak online. Tak berkesempatan!

Selama lebih kurang seminggu yang lepas ni, aku dan keluarga pergi bercuti ke Surabaya, Indonesia. Alhamdulillah... malam semalam selamat sampai ke bumi Malaysia yang tercinta.

So, satu azam aku tahun ni, untuk bawa Niesreena dan Naufal ke bercuti ke luar negara telah ☑!

Walaupun setakat kat Indonesia jer... Hehehhe... Alhamdulillah... Insya Allah, akan datang kiter gi jauh sikit yer.

Sebenarnya, enche Neezam ditugaskan ke Surabaya atas dasar kerja. So, kitorang pun 'menyelit'! Empat hari jugaklah Niesreena dan Naufal terpaksa ponteng sekolah! Lepas ni kena kerja keras untuk catch up balik yer anak-anak!!!

Enam hari di Surabaya, banyak yang aku belajar tentang perbezaan budaya, bahasa dan gaya hidup. Sesekali aku kagum dengan cara diorang dan selalunya aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan di bumi bertuah Malaysia!

Insya Allah... bila berkesempatan, akan aku ceritakan segala pengalaman kitorang kat sana. Buat masa ni, banyak benda nak catch up! Kerja berlambak! Email menimbun nak reply!

So... selamat berkerja! Chaiyok!!!

Thursday, January 22, 2015

Cintaku di Kinabalu

Pagi ni terima whatsapp dari suami tercinta.

Mesej dari nun jauh di puncak.

Alhamdulillah... enche Neezam telah berjaya menawan puncak gunung Kinabalu!

Congrats, sayang!

Enche Neezam and the team tiba di Laban Rata dengan keadaan hujan lebat dan kesejukkan petang semalam. Pagi tadi dalam pukul 2 pagi, diorang memulakan perjalanan ke puncak.

Jam 7.40 pagi, enche Neezam berjaya jugak sampai ke atas. Menggeletar kaki katanya...

Tahniah enche Neezam dan YMLF, USIM!

back to top