♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 12, 2014

Wolf, Penguins and Harimau Malaya!

11 December 2014

Banyak benda jadi tarikh ni, semalam.

First of all, tentulah anniversary perkahwinan aku dan enche Neezam yang ke 9 tahun. Alhamdulillah...

Selangor cuti hari ni bersempena dengan anniversary kitorang ni.... NOT!

Hahahah... perasan!

Selangor cuti bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor. So, Selangor cuti, aku pun cuti lah... Enche Neezam kerja sebab Nilai kerja. Huuhuhu...

So, aku ambil kesempatan bawak Niesreena dan Naufal ke

Big Bad Wolf 2014

Pagi-pagi, lepas breakfast dengan enche Neezam, terus aku dan little Khairuns gerak ke MIECC The Mines. Senang jer nak ke sana. Dari Nilai, lebih kurang 30 minit jer. Parking banyak dan aku cari parking betul-betul kat lift!

Masuk ke hall, terus rasa rambang mata! Banyaknya buku! Murah-murah!

~My favorite section - for my experiment - hehehehe~

~Novel serendah RM2 sebuah~

Ada pelbagai jenis buku dari pelbagai bahasa yang ada dijual kat sini. Penganjuran kali ni dibuka 24 jam dan akan tamat pada 16 December jam 9 malam. Haaa... saper tak pergi lagi tu? Gi lah serbu cepat!!

So, ini adalah sebahagian daripada buku-buku yang sempat aku grab hari ni. Kalau ikutkan ada banyak pilihan lagi. Tapi memandangkan tak larat nak bawak, terpaksalah buat beberapa kali saringan kat sat sana tadi - tinggalkan banyak buku! Huhuhu...

Kalau korang nak gi dan plan beli buku banyak, silalah bawak troli yer...

Buku pilihan Naufal. The most expensive of all I bought! Asalkan Naufal bahagia. Huhu... Nak nangis mama...

These 2 cooking books just RM5! Happy hour; 2-in-1 price!

Kalau tak, kedua-dua buku ni dah slash harga RM20 sebuah. Rezeki hari ni ada happy hour, dapat kedua-dua buah buku ni dengan RM5 untuk 2 buah buku. Yey!!!

Happy mama dapat banyak lagi koleksi buku masakan. Niesreena dan Naufal pun sama, happy! Dan yang penting... I survived with the kids. Enche Neezam risau gak aku nak gi dengan bebudak. Takut crowded sangatlah, takut susah nak handle budaklah... Tapi alhamdulillah... semua OK!

Malam tu, enche Neezam bawak kitorang gi tengok

Penguins of Madagascar

Sejak ada anak-anak ni, bila nak tengok wayang, terpaksa cari kartun jer. Ari tu tengok Big Hero 6. Best! Penguins of Madagascar pun best! Cute! Suara Naufal paling kuat gelak dalam panggung. Huhuhu...

Happynya hari ni. Ditambah lagi, Harimau Malaya dapat kalahkan Vietnam 4-2! Yey!!! Semoga skuad Harimau Malaya berjaya kalahkan Thailand pulak dan bawak balik piala AFF Suzuki lagi kali ni. Amin!

Dan esok! Nak gi bercuti!!!

\(^-^)/

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top