♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 19, 2014

Terjebak dengan Zahira! Jom tonton online!

Alamak! Terlayan plak citer Zahira ni malam tadi!

Sweet dan romantik sangat! I loike!

Camner? Dah terjebak ni... nak kena tengok dari mula?!

Watak Zara Zya memang bersahaja dan menjadi sangat dan watak Adi Putra yang tegas dalam diam-diam cemburu dan romantik. Oooooo... jatuh cinta rasa... Jatuh cinta lebih-lebih lagi kat enche Neezam! Hahahhaha... tetiba!

Ni sinopsis Zahira @ Samarinda TV3

Sebuah drama bersiri yang menyingkap perjalanan hidup seorang gadis bernama Zahira yang tersungkur akibat cinta melulu kepada kekasihnya Sufian. Akhirnya dia bangkit dengan semangat baru untuk membantu ibu angkatnya, Mak Ani membayar hutang lama keluarga. Meskipun terpaksa menjadi 'nanny' dan melupakan segala ijazah yang dimiliki namun dia jujur dalam menjalankan kerjanya.

Pelakon
Adi Putra, Zara Zya, Ryzal Jaafar, Fazren Rafi, adik Nur Qistina Raisah, adik Habiel Lutfillah Durrani

Kalau korang nak layan Zahira secara online, bolehlah ke wesite

http://tontondramaonline2u.blogspot.com

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top