♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 4, 2014

Runsing!

Runsing! Runsing! Runsing!!!

Runsing memikirkan tentang persekolah Niesreena dan Naufal tahun depan.

Tahun depan Niesreena akan bersekolah pagi. Pagi sekolah kebangsaan dan petangnya pulak ialah sekolah agama. Sekolah pagi tamat pada jam 1.30 tengahari dan sekolah agama akan bermula pada jam 2.30 petang. Maksudnya, Niesreena kena stay back lepas sekolah pagi. Lunch dan solat zohor kat sekolah, then sambung sekolah agama pulak.

Kesiannya...

Masalahnya sekarang... takkan nak suruh Niesreena bawak beg sekolah agama dari pagi? Dan angkut buku-buku sekolah kebangsaan hingga petang?

Buku sekolah bukan calang-calang. Berat! Buku teks, buku kerja, buku latihan, satu hari ada lebih 5 subjek! Satu subjek paling kurang 3, 4 jenis buku. Beratnya... aku pun tak sanggup bawak...

Haaaiiissshhhh...

Cam ner? Dah nama belajar... Terpaksalah diharungi semua saat-saat ni. Cuma harap, pihak sekolah ada solution yang lebih baik untuk meringankan beban para pelajar dan jugak ibubapa. Jadual waktu yang lebih relevan dan penggunaan buku mengikut hari. Maksudnya, kalau guna buku teks, bagitau murid-murid tak perlu bawa buku kerja dan sebaliknya... Tang jadual waktu tu kadang aku nak marah. Kata jadual waktu anjal, tapi sampai 6/7 subjek satu hari. Anjal mendernyer???

Hmmm... pendapat aku jer lah... Aku harap sangat pihak sekolah pertimbangkan dan susun jadual waktu persekolahan betul-betul. Kesian budak-budak sekolah. Bengkok pinggang nak angkat beg berat...

Then...

Niesreena perlukan transit tak???

Hmmmm????

Transport? Perlu tak???

Aiii... banyaknyer nak fikir...

Naufal... aku ingat nak tukarkan tadika dia. Naufal dah 2 tahun berlajar di tadika yang sama. So, sajerlah cari sekolah lain pulak - tukar angin. Lagipun, tahun ni Naufal masuk kelas 6 tahun. So, tahun depan dia akan masuk kelas yang sama. Mungkin belajar yang sama gak. Takut dia boring. So, cubalah tukar angin sikit.

Sebenarnya, sedih gak nak tukar sekolah Naufal sebab 2 tahun Naufal sekolah kat sini dan setahun sebelum tu Niesreena turut belajar kat tadika yang sama. Cikgu semua dah kenal dan baik-baik belaka. But, for the best of Naufal, I think it is better to change school.

Sekarang ni, aku tengah sibuk survey tadika Islam sekitar Nilai. Harap-harap belum terlambat untuk daftarkan Naufal di tadika yang dekat dengan rumah dan yang lebih penting, terbaik!!!

Adoiii!

Runsing! Runsing!

Selagi tak jejak bulan Januari, selagi tu asik fikir benda yang sama.

Kadang aku rasa nak berhenti kerja dan uruskan keluarga kat rumah. Tapi... mampukah aku???

Apapun, aku yakin pada Allah! Semuanya akan baik-baik belaka, jika itu yang aku nak!

Insya Allah!

3 comments :

afifah fazlin said...

Assalamualaikum sis..sy yg surirumah ni pn runsing pk psal skolh dorg..buku 1hal,msa bljr pon 1hal.kalo stay back cm sis ckpla..beg brt ksian dorg..kalo blk tkejar2 sgt.. pnt tgk ank blk mnd,mkn,solat sume cpt2 nk kjr msa..apepon sy doa dpermudahkn tk kita semua ye..

Julie Mangsor said...

W'salam Afifah...
Betul tu... harap-harap semua urusan kita dipermudahkanNya. Insya Allah... bila masuk bulan 1 nanti semua mesti dah teratur. Sekarang ni jer pening nak susun macam-macam. Tahun depan anak sekolah kat M. Ulum lagi ker?

afifah fazlin said...

Ye insyaallah kt situ lg..Cuma risau gk dia boring tp wt msa skrg cm itu je yg tbaik n dekat.. naufal tdika mne ye?mncarila geng dia nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top