♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 25, 2014

Jalan-jalan tengok sungai

Alhamdulillah... cuaca pagi tadi mendung tapi tak hujan. Kitorang selamat sampai kat Segamat pagi tadi. Seronok Niesreena dan Naufal bila tengok kitorang tiba. Aku pun seronok tengok Niesreena dan Naufal yang happy jer.

Sampai jer rumah PIL, hujan mula turun membasahi bumi Segamat. Kejap gerimis, kejap lebat. Tapi sekejap-sekejap jer...

Petang tu bila hujan reda, kitorang jalan-jalan tengok sungai Segamat. Nak tengok air naik ke tak. Sungai dah dibesarkan... memang harap air tak naik sangat lah...

Alang-alang dah berhenti tepi sungai. Enche Neezam bawa Niesreena dan Naufal tempat favorite pengantin tangkap gambar. Kat jambatan rail keretapi!

His signature pose... of course!

Like father, like children laaa...

Buat masa ni paras air sungai masih terkawal lagi.

Harap-harap paras air tak naik mendadak.

Alhamdulillah, rumah PIL tinggi. Memang tak pernah naik air. Cumanya, kalau banjir kat Segamat, memang rumah PIL jadi pulau dan terputus hubungan keluar masuk.

Last few years, banjir teruk kat Segamat. Memang lumpuh habis. Sampai rail keretapi depan Giant Segamat semua bengkok! Rumah-rumah ranap dan berlumpur. Sian tengok rumah-rumah dan mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.

Banjir di utara dan pantai timur dikatakan paling teruk tahun ni. So, harap-harap kengkawan sekitar Johor pun ambil iktibar dan bersiap sedia hadapi banjir. Kata mak mertua aku, biasanya kalau banjir dah start kat utara dan pantai timur, beberapa hari nanti akan turun ke Pahang dan Johor pulak.

Dah mula hujan semula... Jom balik!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top