♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, December 6, 2014

Hari Niesreena! Yey!

Hari ni hari yang istimewa. Puteri sulung aku, Khairunniesreena, dah 8 tahun!

Alhamdulillah.

"Niesreena Sayang,

Selamat hari ulangtahun yang ke 8 tahun.

Semoga membesar dengan sihat dan ceria selalu. Diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

Mama dan ayah doakan Niesreena menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat.

Amin..."

Niesreena minta lego sempena dengan harijadi dia kali ni. Niesreena dan Naufal memang tengah giler lego sekarang. So, carikanlah set besar sikit, istimewa untuk Niesreena sempena harijadi dia. Bukan jenama Lego pun. Kitorang suka Ausini. Lebih murah dan banyak pilihan!

Hmmm... kalau Niesreena dan Naufal mengadap lego, 4-5 jam pun boleh! Memang leka sangat! Ok lah kan... daripada ngadap gadget.

Birthday Niesreena kali ni kitorang buat sekali dengan reunion kengkawan masa kat Melbourne dulu. Sambil-sambil reunion, sambil-sambil sambut birthday Niesreena.

Special sambutan birthday Niesreena kali ni, sebab kitorang buat kat rumah kawan. Kebetulan, tuan rumah ajak kitorang datang doa selamat sikit.

Terima kasih Dr Hairil & Isma!

Seronok sekali sekala dapat berkumpul dengan kengkawan lama. Teringat kenangan pahit manis masa kat Desa Bundoora, Melbourne dulu. Seronok! Kawan-kawan sebaya Niesreena dan Naufal masa kat sana dulu pun semuanya dah besar panjang.

Alhamdulillah... Semoga ukhwah kita semua sentiasa berkekalan. Insya Allah...

No comments :

back to top