♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 1, 2014

Resepi | Sweet Potato + Crab Stick Fritters

Olaaaa!

السلام عليكم

Selamat hari Sabtu semua! Bersemangat betul hari ni! Maklumlah hari cuti. Walaupun hujung minggu merupakan hari-hari yang paling sibuk setiap minggu, tapi ia juga merupakan hari-hari yang paling menyeronokkan!

Ye lah... Bila hujung minggu ni lah, aku dapat spend lebih masa dengan suami dan anak-anak. Serta masak yang sedap-sedap untuk insan-insan tersayang!

\(^-^)/

Hmmmm... kalau weekdays, sebelum little Khairun bergerak ke sekolah, diorang mesti breakfast dulu kat rumah. Wajib! Aku akan sediakan breakfast yang simple-simple jer - roti bakar, roti telur, goreng nugget, sosej, jemput-jemput, telur rebus atau yang paling simple makan bijirin dan susu jer!<

Then balik daripada kerja, baru sibuk masak untuk dinner pulak.

Kalau hujung minggu, barulah berkesempatan nak buat minum petang. Alaaaa... yang simple-simple jer!

Dulu masa kat Melbourne, rajinlah buat yang payah-payah sikit. Maklumlah, nak cari tak jumpa. So bila ingin sangat nak makan, terpaksalah buat sendiri. Tapi bila dah balik Malaysia ni, nak apa, semua boleh beli jer.

Hmmm... tapi sekarang ni teringin nak makan yang tak jumpa kat sini, tapi ada kat Melbourne. Haaa... cam no?

Ok! Done with all merepeks!

Hari ni aku kongsi resepi. Resepi yang simple but yet simply yummilicious!

Alaaa... resepi keledek goreng jer... muahahaha...

Tapi dikomersialkan menjadi

Sweet Potato + Crab Stick Fritters

Jom try resepi ni. Nanti boleh untuk minum petang ni yer.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah<

Keledek - 2 biji. Aku gunakan sebiji keledek putih dan sebijik lagi keledek warna oren.
Crab stick - 10 batang dipotong halus, panjang.

Bawang besar - 2 biji, dimayang
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1/2 cawan
1 biji telur
Air 3 cawan
Serbuk kunyit 1 sudu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

* Keledek dibuang kulit dan dibersihkan. Dengan menggunakan pemarut, parut keledek menjadi potongan yang panjang dan halus.
* Potong crab stick secara memanjang supaya menjadi panjang dan halus juga.
* Di dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, air, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul hingga semua bahan sebati.
* Pastikan adunan tepung ni tidak terlalu pekat. Kalau pekat sangat, keledek nanti akan terlalu melekat dengan tepung dan jadi jemput-jemput bila goreng. So, pastikan ia cair sedikit.
* Masukkan keledek, crab stick dan bawang besar yang telah dipotong halus. Gaulkan hingga sebati!
* Panaskan minyak dan goreng adunan secara deep fried.
* Untuk pastikan tak banyak adunan tepung semasa menggoreng, gunakan penyepit semasa masukkan bahan-bahan ke dalam kuali.
* Goreng dengan api sederhana sehingga semua menjadi kekuningan.
* Angkat dan tuskan.
* Sedia untuk dihidangkan!

Kitorang suka makan dengan sos cili atau sambal kicap. Sedap!

Selamat mencuba!

2 comments :

adianiez AIDA said...

lovely ! sgt simple...
memang sedap makan depan tv ni :)
tq ye for sharing...

Julie Mangsor said...

welcome (^-^)
selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top