♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 21, 2014

Kemana kiter cuti sekolah ni?

It is Friday.

And

it is the final day of school!

Biasalah... bila dah masuk cuti sekolah ni, aku memang selalu akan pening. Pening memikirkan... kemana nak bawa bebudak berjalan cuti sekolah kali ni!

Macam biasa... bila cuti sekolah panjang macam ni, enche Neezam akan terlibat dengan kem Permata Insan selama 2 minggu dan little Khairuns akan diexport balik ke rumah ayah tok dan mak tok. Tapi kali ni, Niesreena dan Naufal akan stay dengan aku jer kat rumah.

So, Isnin hingga Jumaat Niesreena dan Naufal akan ke taska, malam study macam biasa dan bila hujung minggu barulah gi berjimba-jimba!

Ha... ok tak?

Kesian plak kat Niesreena dan Naufal kalau hujung minggu dok kat rumah jer kan. Dah lah weekdays dok kat taska...

So, aku dah ada shortlisted beberapa tempat untuk berjimba-jimba masa hujung minggu yang mendatang ni. Antaranya:-

Pusat Sains Negara

Petrosains, KLCC

Kidzania

Port Dickson!

Hahaha... Port Dickson ni tak rancang pun, tetiba jer sampai kat sana. Huhuhu...

Pastu... balik rumah mak abah aku kat KL dan mak ayah enche Neezam kat Segamat.

Nak jalan jauh-jauh tak tau nak gi mana. Cuaca asyik hujan jer, membuatkan aku fikir banyak kali nak book hotel.

Hmmmm... plan macam nak gi Bukit Tinggi. Tak pernah gi sana. Korang pernah gi tak? Ok tak?

Apa-apa pun... malam ni, aku dan enche Neezam ada surprise plan buat Niesreena dan Naufal. Mesti diorang terkejut! Destinasi pertama untuk cuti sekolah kali ni. Nak gi mana???

Jeng... jeng... jeng...

Tungguuuuuuuuuuuuuuuu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top