♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 23, 2014

Betul! Betul! Betul!

Semalam balik dari Melaka, enche Neezam bergegas ke Banting pulak. Macam biasa, bila cuti sekolah bermula, enche Neezam akan terlibat dengan kem Permata Insan selama 2 minggu.

So, macam biasa jugak, bila enche Neezam outstation, aku kena tukar uniform >> SuperMama! Tambah sedikit kesabaran, kecekalan dan aura-aura positif bagi menguruskan 2 orang Khairuns kesayangan aku ni. Huhuhu..

Biasanya bila cuti panjang, Niesreena dan Naufal kena export balik rumah atok. Tapi kali ni, diorang akan dok dengan aku jer kat rumah. Sebab... aku takut dok kat banglo ni sorang-sorang. Huhuhu...

Kebetulan, Karnival Upin dan Ipin sedang berlangsung kat PICC, Putrajaya. Hari ni hari terakhir dan aku dengan positifnya nak bawak Niesreena dan Naufal ke sana, walaupun ada beberapa orang kengkawan yang update status kat fb semalam mengatakan lokasi tersebut jem hinggakan tak der tempat nak parking dan seterusnya terpaksa balik dengan hampa!

Pagi tadi pun enche Neezam call dan suruh aku fikir bebetul nak gi ke sana sebab takut bersesak dan tak der parking. Enche Neezam risau. Aku dengan yakinnya akan teruskan jugak hasrat aku. Aiseh! Hehehhe...

So, pagi tadi, lepas breakfast kat mamak, kitorang pun terus bertolak ke PICC, Putrajaya. Tepat pukul 10 kitorang tiba kat area PICC dan nampak kereta dah berderet parking kat bawah bukit. Aiseh! Ingatkan dah cukup awal dah.

So, aku terus masuk ke area PICC dan turut parking di bawah bukit betul-betul depan tangga nak naik ke PICC. Alhamdulillah... parking cantik! Walaupun terpaksa menapak naik ke atas bukit.

Sampai kat dewan dimana Karnival Upin & Ipin berlangsung... masya Allah... ramainya orang! Berkali-kali aku ingatkan Niesreena dan Naufal supaya sentiasa pegang tangan dan tak cuba jalan jauh dari aku. Takut hilang!

Niesreena berkesempatan mewarna t-shirt Upin dan Ipin.

Dan Naufal pulak enjoy tengok karektor-karektor kartun-kartun Les' Copaque membuat persembahan di atas pentas! Ada Upin dan Ipin dan kengkawan, Ara dan Aris dari kartun Pada Zaman Dahulu dan ramai lagi. Naufal menari ikut rentak dan angkat tangan setiap kali hos tu tanya soalan. Macam tahu jer... Huhuhu... Nampak Naufal dan Niesreena memang happy sangat!

Punyerlah ramai orang!

Pukul 1 lebih, Naufal dan Niesreena dah kepenatan dan kelaparan. Nak keluar dari dewan tu punyerlah sesak! Ingatkan kat dalam dewan jer sesak, kat luar dewan pun sesak jugak! Diorang siap pasang skrin besar untuk pengunjung yang tak dapat masuk ke dalam dewan.

Sebelum balik ke rumah, kitorang melencong ke Alamanda untuk lunch dulu. Alhamdulillah... dapat parking hot spot betul-betul depan pintu masuk P4.

Naufal dan Niesreena nak makan favorite diorang - yee mee sizzling. Kat food court punyalah ramai orang dan ramai orang yang berdiri-diri tunggu orang selesai makan.

Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan kitorang. Tetiba ada satu meja kosong memang tak der orang dan bersih! Macam tak percaya jer, sedangkan ramai orang tengah mencari-cari tempat. Syukur sangat! Rezeki anak-anak....

Happy Niesreena dan Naufal hari ni. Aku pun sama. Walaupun rasa sangat penat, tapi rasa happy sangat sebab little Khairuns happy.

Petang tu, kerahan tenaga. Upah sebab mama bawak diorang jalan-jalan.

Huhuhu...

"Dear Ayah,

We have so much fun today. Don't worry about us. We know you are doing your job and a very hardworking father. Just take good care of yourself. We all miss you and for sure, we wish you are here with us. But don't worry, we understand. Love you so much!

XoXo
Mama and little Khairuns"

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top