♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 18, 2014

Resepi | Three-Cheese Lasagna

Akhirnya, aku berjaya menghadiahkan diriku sebuah oven! Hoyee! Hoyee! Tahniah pada diri sendiri! Hehhehehe...

Sebenarnya aku dah lama berkira-kira nak beli oven, tapi asyik terbantut jer. Bukan apa... Aku memiqiorkan manalah aku nak letakkan oven kalau aku beli nanti.

Tapi, setelah diracun baik punyer oleh enche Neezam, akhirnya aku tekad beli jer. Nak letak mana? Kendian cerita... yang penting, beli dulu! Haaa... bila dah beli, pening fikir nak letak kat mana...

Akhirnya aku menempatkan oven tersebut kat dalam bilik pantry, sebelah peti sejuk... ok lah kan... Nak wat camno? Dry kitchen dan wet kitchen dua-dua penuh. Ok jer lah...

Bila dah dapat oven, hati punyerlah excited! Dalam kepala otak ni dah macam-macam list menu yang aku nak bakar! Bakar! Bakar! Hahahhaha...

Salah satunya dalam menu ialah lasagna!

So, last week, aku berkesempatan baked Three-Cheese Lasagna!

Yummeh!

Hmmm... korang nak buat tak? Boleh buat untuk hidangan minum petang, petang ni. Dijamin sedap. Tak cayer? Tanyer Niesreena...

Hehhehe... Niesreena muka mengantuk. Mengantuk tunggu lasagna siap. Tapi nak jugak 1 slice sebelum masuk tidur. Huhuhu... Maklumlah... last week aku buat lepas balik kerja, lepas dinner, baru start... Pukul 10.30 malam baru siap! Punyerlah berkobar-kobar! Huhuhu...

Ok, jom buat!

Three-cheese Lasagna

Biasanya kalau aku buat lasagna, aku akan buat 2 jenis sos, iaitu (1) sos bechamel @ sos putih (2) sos bolognese @ sos merah

Bahan-bahan untuk sos bechamel ialah:-

Cendawan butang - 4 biji
Butter - 3 sudu besar
Susu segar 1 cawan
Air
Tepung gandum - 2 sudu besar
Minyak zaitun
Sedikit parsley & basil
Garam

Cara-caranya:-

Dalam periuk, cairkan butter dengan api sederhana besar, kemudian masukkan setengah cawan air dan cendawan butang yang telah dihiris nipis.
Masukkan tepung gandum dan susu segar dan kacau hingga pekat.
Campurkan garam secukup rasa serta dauk parsley & basil.
Ketepikan.

Bahan-bahan sos bolognese ialah:-

Ready made sos bolognese, daging cincang dan minyak zaitun. Aku suka Preggo dan biasanya memang aku beli ready made. Senang dan menjimatkan masa!

Cara-caranya:-

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun. Well, biasalah kalau masak masakan Itali, olive oil memang wajib. Tapi kalau nak tukar dengan minyak masak biasa kiter pakai sehari-harian tu pun okey jerrr...
Goreng daging cincang tu hingga masak. Kemudian campurkan sos bolognese.
Tunggu sampai mendidih dan ketepikan.

Seterusnya kita ke bahan-bahan untuk penyediaan lasagna.

Bahan-bahannya ialah:-

Lasagna sheet
Tomato, lada benggala, parsley dan basil sebagai topping. Tapi kalau korang suka letak nenas ke, cendawan ke, salami ke, boleh jer tambah ikut selera korang. Tapi kalau suka kosong, just letak cheese jer pun ok. Aku suka letak tomato dan lada benggala, nampak cantik sikit. Hehhehe...
Dan 3 jenis cheese yang digunakan ialah cheddar cheese, parmesan dan mozzarella. Mozzarella bagi aku is a must! Barulah nampak cheese meleleh. Yummeh!

Untuk lasagna sheet, walaupun kat kotak tu kata 'Ready to cook' (maksudnya tak perlu rebus dulu), tapi aku nasihatkan baik rebus dulu, hingga agak masak. Just rebus kepingan lasagna dengan minyak. Kemudian tuskan.

Cara-cara susun lasagna:-

Sediakan mangkuk tahan panas untuk dibakar. Sapu keseluruhan bahagian dalam dengan sedikit butter.
Letakkan sos bolognese memenuhi permukaan mangkuk. Nipis jer.
Then susun lapisan lasagna yang telah direbus terlebih dahulu tadi.
Letakkan lagi sos bolognese.
Then letak sos bachamel.
Then susun semua lapisan lasagna dan sos bolognese.
Lepas lapisan ni, aku letakkan cheddar cheese yang dah dipotong-potong kecil.
Susun semua lapisan lasagna > sos bolognese > lapisan lasagna lagi > bechamel.

Kemuadian taburkan cheese mozarella.
Susun lapisan tomato dan lada benggala dan kemudian parmesan.

Taburkan sedikit daun basil dan parsley.
Tutup mangkuk dengan aluminium foil dan bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180c selama 40 minit.
Lepas 40 minit, bukak aluminium foil dan bakar lagi 10 minit.
Siap!

Aku pernah kongsikan resepi Beef Bolognese Lasagna. Kalau nak cuba, boleh dapatkan resepi kat sini.

Checky kan Niesreena dulu.

(^^)

Ok! Selamat mencuba korang!

Dan selamat berhujung minggu!

No comments :

back to top