♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 3, 2014

Jom ambil kesempatan hari ni!

... dan esok!

Beruntungnya jemaah yang dapat menunaikan haji tahun ni. Hari ni, hari Jumaat yang mulia, jemaah haji semua berwukuf di Arafah - rukun terpenting dalam menunaikan ibadat haji. Wukuf di hari Jumaat dipanggil Haji Akbar. Banyaknya ganjaran yang diorang dapat. Berlipat kali ganda!

Aku harap, suatu hari nanti aku dapat diberi peluang macam diorang juga. Dapat menjejakkan kaki lagi ke tanah haram. Dapat sujud lagi depan kaabah! Dapat diberikan kesempatan untuk menunaikan haji. Amin...

Hari ini, jemaah haji akan berwukuf pukul 5.15 petang - 11 malam waktu Malaysia - info dari kawan yang sedang menunaikan haji. So, jom kita sama-sama ambil kesempatan ini - banyakkanlah berdoa, terutamanya selepas Asar - waktu mustajab dan berpuasa sunat arafah pada esok hari, 9 Zulhijjah.

Aku bukan pandai dalam hal-hal agama ni. Tapi sekarang ni banyak bacaan kita boleh dapat melalui internet. Dan kalau nak dapatkan sumber yang lebih soheh lagi, lebih baik kalau tanya dengan orang yang lebih berilmu.

Aku jumpa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama korang. Kalau rajin, silalah baca yer...

Keistimewaan wukuf di Arafah pada Hari Jumaat & Haji Akbar

dan

Amalan di hari wukuf kepada bukan jemaah haji.

Korang yang nak bergerak balik ke kampung tu... berhati-hati di jalan raya. Insya Allah, kitorang pun akan balik malam ni. Turn enche Neezam raya Haji kali ni. So, balik Segamat.

(^-^)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top