♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 8, 2014

Fenomena gerhana bulan berdarah malam ni

Masya Allah... Subhanallah...

Malam ni mungkin akan terjadi fenomena gerhana bulan berdarah atau 'blood moon'. Dalam fenomena ini, bulan akan kelihatan berwarna merah.

Katanya, fenomena ini dapat dilihat dengan mata kasar. Waktu cerapan diantara jam 5.15 petang ke 8.15 malam.

Pada waktu tu jugak nanti, bolehlah kita melakukan solat sunat gerhana bulan.

Jom kawan-kawan... jangan ketinggalan menyaksikan salah satu kebesaran Allah swt ini malam ni!

“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments :

back to top