♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, October 2, 2014

Bila harga minyak naik... :( --- mencari aura positif ---

Ya Allah... rasa tersangat kecewa bila kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter. Nampak gayanya budget RM400 sebulan untuk minyak kereta terpaksa dinaikkan lagi.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Rasa nak nangis... *Actually, malam tadi dah nangis-nangis dah...* Sedih sangat...

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.

Sepatutnya aku harus bersyukur, sebab aku masih mampu lagi membiayai duit minyak kereta aku. Kereta yang aku gunakan pergi balik 110km sehari Nilai-Shah Alam. Duit gaji masih boleh tampung segala keperluan dan komitmen aku setiap bulan - masih mampu lagi untuk penuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan jalankan tanggungjawab pada mak abah. Masih boleh menyimpan.

Syukur padaMu ya Allah kerana dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan mempunyai kerjaya yang baik. Kurniakanlah dia kesihatan yang baik agar sentiasa dapat menjaga dan melindungi kami sekeluarga.

Syukur padaMu ya Allah kerana sentiasa memberikan rezeki yang berpatutan kepada kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halal. Jauhkanlah kami dari kesempitan.

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Jauhkanlah kami dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.

Semoga kami sentiasa menjadi orang yang selalu bersyukur dan redha dengan limpahan kurniaan Mu, ya Allah.

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Deep in my heart memang rasa sangat kecewa. Sekarang ni cuba untuk stay positif dan mencari aura-aura positif untuk menerima berita kenaikan harga minyak dengan lebih baik. Tak boleh nak borak-borak tentang kenaikan harga minyak dengan kawan-kawan. Nanti aku rasa nak nangis... :(

Semoga ada berita-berita yang lebih mengembirakan akan datang ni... Kot ada orang nak ajak shopping ke... nak belikan oven ke.... mesti boleh happy balik... Ehemmm... enche Neezam, please take note... hehhehe...

Mungkin aku boleh potong budget bulanan untuk benda lain serba sedikit untuk beri lebih pada budget minyak.

Harap-harap dengan pengurangan subsidi kerajaan ni akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan negara dan membantu golongan yang lebih memerlukan.

Positive!

Positive!

Aku sangat bersetuju dengan status fb Ustaz Kazim malam tadi:-

"Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya. Bukan dgn menaikkan harga Ron95.  Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan. Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api.. Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat... inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik..."

Sangat setuju, kan?!

Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik untuk pembangunan dan masa depan negara kita.

Jom kita sama-sama mencari aura positif untuk diri kita. Bak kata Prof Muhaya -- reset minda!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top