♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, October 12, 2014

Bercanda di pasiran pantai...

... kita bersama memadu asmahara... kita berdua..."

Oppppsssss...

Itu lirik lagu Anita Sarawak dengan allahyarham Sudirman.

Aku idokler memadu asmara bagai. Hehehhe... Bawak Niesreena dan Naufal jer main pasir tepi pantai. Semetara enche Neezam sibuk dengan bengkel halatuju fakulti kat hotel.

Aku dengan little Khairuns tiba kat Glory Beach Resort petang semalam. Enche Neezam dah sampai hari Jumaat lagi. Biasalah... aku nak basuh sekolah dulu, kasut sekolah dulu, kemas rumah, vakum, mop bagai, baru senang hati nak tinggalkan rumah.

Malam semalam ada dinner, enche Neezam berjaya gondol dua anugerah di bawah ni.

Anugerah Staf Contoh dan Anugerah Pengajar Cemerlang.

Tahniah enche Neezam!

Sampai jer kat hotel petang semalam, Niesreena dan Naufal terus ajak ke swimming pool. Biasalah diorang... tak sabar! Lebih-lebih lagi pulak bila nampak swimming pook tu dari bilik. Lagilahhhhh diorang tak sabar!

Alhamdulillah... cuaca sangat baik. Mendung jer... tapi tak hujan pun.

Swimming pool kat Glory Beach Resort ni memang besar. Tapi penuh jugak dengan pengunjung. Memang ramai orang duduk sini.

Yang menariknya, diorang ada bela penyu! So, bila waktu makan penyu, kitorang berkesempatan untuk berikan makanan pada penyu-penyu tu...

Pagi tadi, lepas sarapan, turun lagi ke swimming pool. Memang wajib!

Enche Neezam pun join sekali.

Lepas lunch tadi, kitorang check-out. Sampai jer kat rumah, semua orang 'pengsan'! Termasuklah aku.... huhuhu...

Sekejap jer rasa cuti 2 hari kan... Esok nak kerja dah! Tapi percayalah... kerja 5 hari pun akan rasa sekejap jer. Pastu cuti hujung minggu semula... Pejam celik, pejam celik dah habis bulan Oktober... Pejam celik, pejam celik dah akhir tahun... Cepatnya masa berlalu...

So, baiklah kita manfaatkan masa yang kita ada ni sebaik mungkin!

\(^-^)/

No comments :

back to top