♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 7, 2014

Tiket Legoland @ Matta Fair 2014

Insya Allah, minggu depan kitorang plan nak ke Johor Bahru. Alhamdulillah, hotel dah siap ditempah. Ada beberapa tempat yang kitorang plan nak lawat dan makan di JB nanti sebab dah lama giler tak turun JB

Ingat nak singgah UTM Skudai. Tempat dimana aku dan enche Neezam berjumpa dan berkenalan then jadi best buddies then couple then happier couple, husband ♥ wife, ayah ♥ mama!

Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bercinta... ye tak? Hehehe...

Of course nak gi JPO cuci-cuci mata dan cuci wallet enche Neezam. Muahahahaha... I've done my to-buy-list! Oooo no! I'm still listing! Hehehe...

List nak makan pun boleh tahan banyak. Hehehe... Nak gi makan roti kacang pool kat Larkin, martabak Singapura, mee rebus dan dinner kat Stulang. Banyak lagi lah! Macamkan dok sana sebulan!

Untuk little Khairuns, kitorang ingat nak gi bawak diorang gi Legoland. Tapi bila survey harga kat website dia.... mak aihhhh... boleh tahan mahal! Baik aku beli handbag! Hehehe...

Sooooo... dah beberapa minggu ni, aku sibuklah contact travel agensi untuk dapatkan tiket murah. Gigih kan?! Ada jugaklah agensi bagi harga yang murah sehingget dua.

Then tanya kengkawan kat fb. Alhamdulillah... ramai gak kengkawan bagi feedback - komen, pm dan watsapp! Thanks semua!

Ada sorang kawan suruh check bila Matta Fair sebab dia beli tiket Legoland dulu masa Matta Fair jugak dan memang dapat murah. Kebetulan sangat, bila check, Matta Fair KL akan berlangsung 5-7 September kat PWTC! Just about time!



So, hari ni, pagi-pagi lagi dah kejut Khairuns untuk ke Matta Fair. Kitorang sampai kat PWTC lebih kurang pukul 10.30 pagi dan jalan masuk ke PWTC dah sesak dengan kenderaan. Giler! Kitorang ingat, kitorang dah cukup awal dah! Dari pukul berapa diorang semua berkampung kat sini?!

Cari parking pun tak jumpa! Jadinya... aku dan Niesreena ajer yang turun cari tiket. Enche Neezam dan Naufal tunggu dalam kereta dan parking illegally!

So, cepat-cepatlah masuk dalam. Fokus! Cari tiket Legoland sahaja!

Alhamdulillah... dalam sesak-sesak dan ramai giler orang kat situ, aku terpandang booth Legoland! Terus ke booth, tanya harga dan terus beli tiket! Dapatlah harga murah! Alhamdulillah... rezeki anak-anak!



Thanks, Khalimahton for your info!

Dah beli tiket... sementara nak keluar tu, terpandang plak kat Spongebob dan Patrick. Niesreena dah melonjak-lonjak excited nampak diorang. Sibuk nak bergambar. Masa yang sama enche Neezam call suruh cepat sebab pak guard dah halau-halau dia. Siannyer... hehehe... kitorang bergambar dulu yer...



Balik ke kereta tunjuk gambar ni kat Naufal. Apa lagi... ngamuklah dak kecik tu... nak jugak! Kemain merajuk lagi. Menangis tersedu-sedan. Puas mama pujuk. Haha... padan muka aku... saper suruh tunjuk gambar.

Then, tunjuk Naufal tiket Legoland ni, redalah sikit kemarahan dia, walaupun tak 100%. Hehehe... sorry sayang...





Memang ramai giler orang kat Matta Fair. Tapi harga yang ditawarkan memang murah. Actually, aku dah lama dengar pasal Matta Fair ni, tapi tak pernah terlintas nak pergi. Sebab dulu ingatkan Matta Fair ni untuk dapatkan tiket kapal terbang murah jer.

Memang rambang tengok harga-harga percutian murah-murah yang ditawarkan. Memang berbaloi-baloi kalau beli waktu ni.

So, enche Neezam, kumpul duit dulu banyak-banyak... then next Matta Fair, kiter borong percutian yer! Best!

So, JB, we're coming! Yes! I'm so excited! More than the kids!

Yeeehoooooo!!!





























No comments :

back to top