♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 5, 2014

Resepi | Ikan siakap stim

Salam hari Jumaat kengkawan!

Semalam penat sangat sebab sehari suntuk kat IFSEC exhibition kat KLCC. Pergi-balik jem plak tu. Ishhh... aku memang tak suka sangat bila sangkut kat jem! Saper yang suka, kan? Nasib baiklah aku tak kerja kat KL. Hehehe...<

So, hari ni memang extra penat. Tapi nekad nak masak jugak. Kalau ikut enche Neezam, dah penat-penat gini, makan kat luar jer. Tapi nak keluar pun rasa penat jugak. So, masak jer lah. Kiter masak simple-simple jer hari ni.

Ikan siakap stim!

Yummeh!

Mudah sangat ke? Hehehe... Bagi aku, masakan ni memang mudah. All-in-one! Ikan dan sayur-sayuran dalam satu hidangan.

Campak semua dalam pinggan dan

SIAP!

Ikan siakap stim marvelous!

Nampak sedap kan? Rasa pun alhamdulillah sedap. Khairuns sangat suka... Makan panas-panas. Sekejap jer licin.

So, hari ni nak kongsi resepi ni dengan korang. Nanti bolehlah korang try.

Bahan-bahan

Seekor ikan siakap
Cendawan enoki - potong/tarik halus-halus panjang.
Lobak merah - dipotong panjang dan nipis.
Tomato - potong dadu
Bawang besar, bawang putih dan halia - dimayang.
Cili padi - dipotong halus.
2 batang serai - diketuk.
Daun limau purut.
1 biji limau purut - diperah. Kalau suka lebih masam, sila tambah lagi sebiji.
2 sudu besar sos tiram.
Garam dan gula secukup rasa.
Ada kawan suggest letak asam boi. Boleh try... mesti tambah sedap!

Cara-caranya

Bersihkan ikan dan lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letakkan ikan tu kat atas pinggan. Pastikan pinggan tu tahan panas untuk distim nanti.
Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong dan dimayang ke dalam pinggan ikan tu.
Bancuh sos tiram dengan sedikit air, gula dan garam serta perahan air limau purut. Kemudian siramkan pada ikan.
Balut pinggan tersebut dengan aluminium foil.
Stimkan selama 20 - 30 minit.
Dan siap untuk dihidang!

Dalam penat-penat, sempat jugak buat KUAH belacan. Hehehe... Nak buat sambal belacan tomato sebenarnya. Tapi rasa letih sangat nak tumbuk bahan-bahan. So, mesinkan ajer semuanya. Dengan tomato pun aku mesin. Ntah macam mana terlebih air plak! Maka jadilah kuah belacan (pun boleh)!

Huhuhu... sadis!

Tapi walaupun cair... rasanya tetap sedap. So, kuah belacan pun boooooollehlah! Next time buat lebih baik lagi. Bak kata omputeh... practice makes perfect!

y(^^)y

No comments :

back to top