♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 11, 2014

Please report this page! Tolongggg!!!

Sejak malam tadi hinggalah ke saat ini ramai yang PM, call, watsapp, fb messenger mengatakan gambar aku masa pregnant dulu telah dishare di sebuah fb Wanita Hamil Seksi. Kengkawan ramai pm. Yang tak kenal pun pm dan tinggalkan komen kat blog. Thanks semua! Appreciate it so much! Sorry... saya tak publish komen-komen berkaitan kat post sebelum ni.



Yes! Serius cuak! Ada 5 keping gambar aku kat sana. Serius tak seksi!

I went through the fb and found out that the fb is developed by Indonesian. Adddoooooiiii... Tak der kerja ke diorang ni? Gigih crop gambar dari blog aku. Sedangkan blog aku disable right click.

Fb ni penuh dengan gambar perempuan mengandung dan iklan-iklan barangan 18sx! Psiko betul!

Kurang ajar tau! Aku percaya gambar-gambar kat fan page ni semua gambar curi! Salah satu dari komen dari tuan punya badan yang sama-sama jadi mangsa seperti kat bawah ni...



Ada beberapa komen dari tuan punya badan juga yang marah-marah. Tapi tak dihiraukan. So, kalau msg admin page tu, memang tak jalan! Nak report polis pun tak guna sebab page indon.

So, kawan-kawan dan pembaca blog sekalian, really need your help to report this page. Please... please... please... Mungkin ada juga kenalan yang lain jadi mangsa atau mungkin akan datang, korang pun boleh jadi mangsa orang psiko macam ni. Haaaaiiiisssshhhh....

Tolong yer... Untuk ke page tersebut boleh klik sini.



Klik pada icon tiga titik sebelah message tu, then 'Report Page'. Then choose on harassing. Please share this post to your fb wall. So, insya Allah, ramai lagi boleh tolong report page.

Terima kasih sangat pada semua yang membantu. Appreciate it so much! Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita daripada fitnah.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top