♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 21, 2014

Mowing day!

Alhamdulillah... cantik cuaca hari ni! Sangat sesuai untuk memotong rumput!


Kitorang sayang dan suka sangat dengan rumput karpet kitorang ni. Menghijau dan menggebu.


Cuma memang kecewa bila tengok daun-daun pokok buluh jiran sebelah yang kering-kering bersepah kat rumput kitorang yang menghijau.

Hmmm... tapi nampak gayanya, pokok buluh jiran sebelah dah dipotong pendek. Alhamdulillah... tak lah sakit hati dalam beberapa bulan ni kot, sebelum pokok buluh dia rendang balik.


Rumput dah panjang. Jom kiter kasi potong!




Niesreena dan Naufal pun turut membantu.



Apa yang penting?!

KERJASAMA!!!



Enche Neezam trim pokok kesayangan dia. Memang enche Neezam yang arif pasal tanaman ni. Aku.... tak pandai langsung. Tolong siram jer bolehlah. Heehehe...



Pokok bunga ni dulu kitorang tanam sikit jer. Sekarang dah jadi banyak dan banyak naik bunga-bunganya! Suka!




Alhamdulillah... sebelum maghrib kitorang sempat settlekan rumput. Penatnyer weh! Ingatkan senang jer potong rumput, rupa-rupanya... adoii... beratnya nak tolak mesin tu!


Setiap kali lepas potong rumput, rumput akan jadi kuning. Sebab... rumput tak potong dah tinggi sangat! So rumput yang bahagian bawah tu tak dapat cahaya matahari dan menjadi kuning. Kira kurang zat lah!

So, korang kalau nak rumput sentiasa cantik dan hijau, sebelum rumput naik tinggi, cepat-cepatlah potong. Kenalah rajin yer...

Rumput dekat dengan tepi dinding masih tak sempat nak dipotong lagi. Kena potong pakai gunting. Lepas ni nak tabur baja dan bagi minum air cukup-cukup. Barulah rumput akan menghijau kembali!

\(^^)/

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top