♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 13, 2014

Day 1 | UTM - M Suite - Kacang Pool - Asam Pedas Ikan Sembilang!

Johor Bahru

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Yey! Bukan sahaja little Khairuns rasa excited, mama dan ayah pun rasa teruja sangat!

Niesreena rongak sejak semalam. Huhuhu...

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Alhamdulillah.... jalan clear, tak banyak kereta dan cuaca pun best sangat! Mendung jer... sesekali hujan renyai-renyai... Kitorang berdoa jer... Harap-harap cuaca kat JB nanti ok!

Naufal... Naufal... Menguji kesabaran sungguh! Niesreena dan Naufal, dua-dua tak tidur sepanjang perjalanan. Excited bebenor katanya... Masalahnyer, diorang asyik dok tanya, "Dah nak sampai ke?". Seremban pun tak sampai lagi nak oiiii.... So, korang bayangkanlah berapa kali diorang dok tanya... Huhuhu...

Sampai JB, cuaca sangat cantik! Tak berapa panas dan tak hujan! Alhamdulillah... syukur!

Destinasi pertama kitorang tentulah ke

Universiti Teknologi Malaysia

Waaaa... rindu sangat kat UTM.

Di sini lahirnya sebuah cinta. Aisehhhh...

Hehehe...

Sempat masuk ke kolej kediaman aku dulu, Kolej Tun Fatimah. Ini satu-satunya kolej yang semua penghuninyer perempuan sahaja. Tak campur!

Sinilah tempat pertemuan aku dan enche Neezam, untuk pertama kali. Enche Neezam dok Kolej Siswa Desa Skudai. Kolej enche Neezam pulak semua penghuninya lelaki sahaja. Kitorang dulu jumpa sebab sama-sama buat program universiti, SUKAM. Masa tu kerjasama KTF dengan KSDS. So, masa tu lah kitorang kenal dan jadi best friend.

Yup! Mula-mula best friend... beberapa tahun... baru ehem... enche Neezam ada keberanian untuk... Eh! Malas citerlah... huhuu... nanti panjang berjela lagi post kali ni. Hehehe...

Banyak jugak perbezaan UTM dulu dan sekarang. Sekarang ni banyak betul kolej kediaman baru. Tapi... jauhnya dari kawasan fakulti walaupun kolej dalam kampus.

Fakulti aku dulu, Fakulti Sains Komputer pun dah tukar jadi Fakulti Komputeran. Pelik pulak bunyinya...

Tapi paling kesian kat enche Neezam. Fakulti enche Neezam dahulu dah jadi Pusat Bahasa dan dia tak jumpa Fakulti Pengurusan yang baru kat mana. Huhuhu... Tapi memorinya tetap di sini...

Kemain terbayang nostalgia lama. Hehehe...

Sebelum check-in hotel, lebih kurang pukul 1 tengahari, kitorang singgah kat warung Martabak Singapore kegemaran kitorang dulu, kat warung Sungai Chat. Ini antara wish list aku sepanjang kat JB ni - nak makan martabak Singapore warung Sungai Chat! Hmmmm... tapi warung tak bukak lagi!

So, terpaksalah jalan-jalan cari makan kat tempat lain.

Lepas pekena asam pedas ikan pari dekat dengan stadium Larkin, kitorang check-in kat

M Suites 

Petang sikit, lepas aku dan enche Neezam dah rehat-rehat, dan Naufal dan Niesreena dah puas berendam dalam bathtub, kitorang bawa little Khairuns gi pool. Excited giler diorang! Mama dan ayah diorang pun join sekaki!

Lepas penat mandi pool, semua kelaparan. Apa lagi... siap-siap dan ke warung Sungai Chat semula. Memang dekat jer dengan hotel kitorang. Sampai kat sana, excited tengok warung martabak Singapore dah buka. Tapi malangnya... martabak dah habis! Sedihnyaaaaaa... tak der rezeki hari ni. Tadi gi awal, sekarang dah habis plak.

Tak per... tak per... Kiter cari makan lain. So, kitorang decided pekena

Kacang Pool Haji

Kitorang tau kedai ni ada kat Larkin. Tapi tak sure kat mana. So, call Kmie, kawan kitorang kat sini. Dia kata kedai kacang pool ni ada beberapa branch. Satu kat sebelah balai bomba Larkin dan satu lagi kat Plaza Larkin. Kalau nak jumpa Wan Maimunah, boleh gi kedai kat bomba tu. Hehehehhe... Kalau korang tak tahu, kedai kacang pool ni kedai suami Wan Maimunah.

Kitorang ke Plaza Larkin. Alhamdulillah... kedai masih bukak!

Inilah dia hidangan kacang pool.

Nampak menarikkan kan? Dalam mangkuk tu campuran kacang pool dan daging hancur serta rempah-rempah. Then dia letak telur goreng separuh masak serta limau. Makan dengan roti pound lembut yang dibakar. Makan panas-panas. Sedap! Lebih-lebih lagi makan masa tengah lapar. Huhuhu...

Malam tu kitorang sempat juga melawat Masjid Sultan Abu Bakar kat bandar. Nyaman duduk kat depan masjid ni. Angin kuat sangat!

Kebetulan malam tu, ayah dan emak enche Neezam pun berada kat JB. Ayah ke Jb sebab ada mesyuarat esok harinya. So, malam tu kitorang sempat berjumpa dan ayah bawa kitorang pergi pekena

Asam Pedas Ikan Sembilang

Perrrrggghhhh! Makan lagi!

Serius keyang makan kacang pool pun tak hilang lagi. Ni nak masuk asam pedas pulak. Tak nak makan... rugi plak! Huhu... Apalagi... belasah jer lahhhhhh!!!

Balik ke hotel... semua kepenatan dan kekenyangan! Rasa macam lapan hari tak payah makan dah. Huhuhu... Tapi esok harinya, celik-celik mata jer, peruk berbunyi-bunyi minta diisi. Huhuhu...

No comments :

back to top