♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, September 30, 2014

Resepi | Ketam telur masin

Hujung minggu yang lepas, mak, abah dan adik-adik datang berkunjung ke rumah. Bila orang tersayang nak datang ke rumah, tentulah kiter nak jamu bermacam-macam resepi istimewa!

Adik request nak makan ketam telur masin. Tak pernah makan menu ni katanya. Hehehehe... So, masa diorang datang, sempatlah masakkan untuk adik tersayang, menu ketam telur masin ni. Memang rezeki kali ni baik sangat, dapat ketam besar dan isi ketam sangat banyak! Puas makan! Mak kata kalau isi ketam banyak, itu ketam bulan penuh.

Alhamdulillah... rezeki!

Selalunya kalau aku masak ketam, aku masak sekor jer untuk diri sendiri sebab enche Neezam tak boleh makan ketam dan little Khairuns tak pandai makan ketam. Kali ni, first time aku masak banyak PLUS extra special untuk family aku.

First time aku makan ketam telur asin ni masa lunch dengan kengkawan office kat restoran chinese muslim kat Shah Alam. Apa nama kedainya pun tak ingat. Tapi memang sedap! Hmmmm... bila dah sedap, mestilah nak try buat dan masak untuk famili pulak kan...

Ok, memandangkan ramai request nak resepi pada hari aku upload gambar ketam yang menggiurkan ni ke fb, hehehhhe.... so, hari ni nak kongsi dengan kawan-kawan semua resepi

Ketam Telur Masin

Bahan-bahan

Ketam - anggaran 5 ekor
Telur masin 4 biji
Bawang merah 7-8 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili padi 4-5 biji, kalau suka pedas, silalah tambah lagi
Daun kari
150 ml susu segar/susu cair
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Butter
Garam

Cara-caranya

  1. Rebus telur masin sehingga isinya keras. Kopek dan lenyek dengan menggunakan garpu.
  2. Ketam dibersihkan dan dibelah/dipotong. Kalau ketam besar dan isi banyak, bolehlah dibelah 4. Kalau ketam kecil atau isinya ciput, belah 2 sajerlah. Rezeki kali ni, ketam besar dan isinya pun banyak. So, aku belah 4.

  3. Tips:- Bersihkan dan belah ketam ketika ketam masih agak beku dan agak keras. So, isi ketam takkan bersepah keluar masa ketam dibelah.
  4. Gaulkan ketam yang telah bersih dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Tanpa air!
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ketam secara deep fry. Bila ketam dah kemerah-merahan dan tepung kekuningan, bolehlah angkat ketam dan tuskan.
  6. Di dalam kuali lain, panaskan butter dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah dimayang. Masukkan juga beberapa helai daun kari.
  7. Bila bahan yang ditumis dah naik bau, masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi. Gorengkan sekejap.
  8. Masukkan susu segar dan kacau rata.
  9. Masukkan ketam-ketam yang telah digoreng dan gaul rata.
  10. Siap!

Bagi aku resepi ni memang sangat sedap! Dan cara buat dia pun tak berapa susah. Lebih-lebih lagi kalau kite masak dengan keiklasan dan kasih sayang, semua benda yang remeh temeh akan jadi mudah! Dan insya Allah, sedap!

Sedap! Memang sedap! Meh lah cuba!

(^-^)

Selain daripada ketam, mungkin boleh jugak masak resepi ni dengan udang, sotong atau ikan kembung!

Bila dah try resepi ni nanti, upload kat fb dan tag juliet le sweetheart yer. Hehehehe...

Selamat mencuba!

Monday, September 29, 2014

Akhlak - Program Pensiswazahan Guru

Tahniah Dr Khairunneezam and the gang!


Satu lagi penerbitan tahun ni.

\(^^)/

Sunday, September 28, 2014

Membaja dan membelai rumput

Hari ni kitorang sambung aktiviti membelai rumput lagi. Last week tak sempat nak membaja.


Inilah baja yang enche Neezam selalu beli - baja organik untuk rumput karpet..


Lepas enche Neezam potong rumput - mata 1, pendek lagi, barulah ditabur baja ni. Untuk keluasan rumah ni, kitorang gunakan 2 paket baja.



Lepas dah tabur baja, barulah siram air.



Insya Allah dalam seminggu ni, rumput-rumput ni akan kembali sihat dan menghijau semula seperti sedia kala... Yang penting air yang cukup dan cahaya matahari.

Lepas seminggu nanti kiter tengok hasilnya yer...

Saturday, September 27, 2014

Istimewa buat keluarga tercinta!

Mak, abah dan adik-adik nak datang ke rumah hari ni! Seronoknya!

Tentunya aku masak menu istimewa untuk insan-insan yang istimewa dalam hidup aku ni!


Menu istimewa hari ini ketam telur asin - requested by my beloved baby sister, ayam goreng lemon dan istimewa untuk mak dan abah, kari kepala ikan merah!



First time aku masak kari kepala ikan ni. Resepi pun ikut resepi yang ada belakang plastik rempah kari ikan adabi. Alhamdulillah... menjadi dengan sedapnya. Berkali-kali abah puji. Siap kata, "Tak sangka Julie boleh masak sedap!"

Huhuhu... sabar je lah...

Ye lah... aku kalau balik rumah mak abah, mana pernah masak. Mak jer yang masak sebab nak bagi kitorang makan air tangan dia. Lagipun mak masak lagi sedap! Heehhehe...

Keluarga aku memang jarang bertandang ke rumah. So, sesekali datang, mestilah sediakan masak yang paling istimewa. Kalau ikutkan banyak lagi menu nak masak. Tapi... tak termakan pulak kang! Hehehe... Next time pulak lah yer!


Wednesday, September 24, 2014

Siapa yang paling banyak berkorban dalam keluarga?

Semalam aku terbaca tulisan di bawah ni yang membuatkan aku sangat-sangat terkesan!

"Kita sering terdengar
keluhan si isteri,
bahawa
dialah yang paling banyak berkorban dalam rumahtangga....

tidak kurang juga sang suami...
ada yang mengeluh panjang
kerana perlu berkorban banyak perkara.

Tetapi sebenarnya,
anak-anaklah yang paling banyak berkorban!

Setiap hari, mereka lepaskan ibu dan bapa pergi,
tinggallah mereka sendiri,
mencorak hidup tanpa pedoman hakiki,
sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari!

Malangnya lagi,
bila mereka tersilap mengecilkan hati,
mereka akan dimarah
bagai tiada keampunan lagi.

Pagi ini,
buat pertama kali,
mohonlah maaf dari mereka,
bisikkan ke telinga mereka
bahawa mereka akan faham segalanya
suatu hari nanti!"

- Ustazah Nik Salida Suhaila




Tuesday, September 23, 2014

Resepi | Oxtail goreng

Aku hutang resepi ni dengan ramai kawan-kawan sejak aku upload gambar kat #juliescookingwithlove. So, hari ni, nak kongsi dengan korang resepi

Oxtail Goreng

Resepi ni asalnya dari Indonesia. Kitorang selalu makan ni dulu kat Melbourne, kat fave restaurant kitorang, Es Teller. Es Teller ni restoran Indonesia. Kalau ke Es Teller mesti order Bontot Goreng dan esteller serta soda gumbira! Yummeh!

Oh ya! Jangan terkejut... Indonesian memang panggil 'ekor' sebagai 'bontot'. So, dulu masa first time gi Es Teller, ragu-ragu gak... Ini bontot kah? Ekor kah? Hehehehe...

So, bila balik Malaysia, memang tak jumpa dah masakan ekor goreng ni. Ekor mesti buat sup!

So, masa enche Neezam konvo kat Melbourne ari tu. Kitorang sempat ke Es Teller lagi dan pekena oxtail goreng ni untuk terakhir kalinya. Puas aku belek segala rencam yang ada dan cuba ingat rasa lazatnya kat lidah ni. Aku nak tiru!

Dan alhamdulillah. First time buat ekor goreng ari tu, menjadi dengan jayanya. Enche Neezam suka sangat!

So, memandangkan ramai yang dok tanya dan mintak resepi, hari ni saya kongsikan dengan korang kat sini yer.

Oxtail @ ekor goreng

Bahan-bahan

1kg ekor
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 biji lobak merah - dipotong dadu
10 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji cili padi - dipotong kecil
Halia
Sedikit ketumbar - ditumbuk agar pecah-pecah sikit
Daun sup dan daun bawang - dipotong halus
Kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Sedikit lada hitam
Gula dan garam
Bawang goreng

Cara-caranya

  1. Ekor tu perlulah direbus sehingga lembut terlebih dahulu. Kalau ada pressure cooker lagi bagus! Sekejap jer daging akan menjadi empuk dan lembut bangat! Rebus ekor dengan garam, halia dan sebiji sup bunjut. Biar rasa herba tu menyerap ke dalam daging sementara direbus.
  2. Bila daging dah empuk, bolehlah matikan api. Jangan buang air rebusan.
  3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan ketumbar.
  4. Bila dah naik naik bau, masukkan ubi kentang dan lobak merah yang telah dipotong dadu tadi. Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging tadi.
  5. Bila ubi kentang dan lobak dah agak empuk, masukkan ekor yang dah direbus tadi. Jangan masuk air.
  6. Masukkan kicap, sos tiram, sos cili, lada hitam gula dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaulkan rata.
  8. Masukkan segenggam bawang goreng dan gaulkan rata. Terus tutup api.
  9. Siap untuk dihidang!

Lebihan sup tadi tu bolehlah dibuat sup. Jangan lupa tambahkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumis ke dalam sup. Barulah ngam!

Selamat mencuba!

Monday, September 22, 2014

Islamic Work Ethics


Dr Khairunneezam new publication this year.

Mai beli! Mai beli! Hehehhe...

\(^-^)/


Sunday, September 21, 2014

Mowing day!

Alhamdulillah... cantik cuaca hari ni! Sangat sesuai untuk memotong rumput!


Kitorang sayang dan suka sangat dengan rumput karpet kitorang ni. Menghijau dan menggebu.


Cuma memang kecewa bila tengok daun-daun pokok buluh jiran sebelah yang kering-kering bersepah kat rumput kitorang yang menghijau.

Hmmm... tapi nampak gayanya, pokok buluh jiran sebelah dah dipotong pendek. Alhamdulillah... tak lah sakit hati dalam beberapa bulan ni kot, sebelum pokok buluh dia rendang balik.


Rumput dah panjang. Jom kiter kasi potong!




Niesreena dan Naufal pun turut membantu.



Apa yang penting?!

KERJASAMA!!!



Enche Neezam trim pokok kesayangan dia. Memang enche Neezam yang arif pasal tanaman ni. Aku.... tak pandai langsung. Tolong siram jer bolehlah. Heehehe...



Pokok bunga ni dulu kitorang tanam sikit jer. Sekarang dah jadi banyak dan banyak naik bunga-bunganya! Suka!




Alhamdulillah... sebelum maghrib kitorang sempat settlekan rumput. Penatnyer weh! Ingatkan senang jer potong rumput, rupa-rupanya... adoii... beratnya nak tolak mesin tu!


Setiap kali lepas potong rumput, rumput akan jadi kuning. Sebab... rumput tak potong dah tinggi sangat! So rumput yang bahagian bawah tu tak dapat cahaya matahari dan menjadi kuning. Kira kurang zat lah!

So, korang kalau nak rumput sentiasa cantik dan hijau, sebelum rumput naik tinggi, cepat-cepatlah potong. Kenalah rajin yer...

Rumput dekat dengan tepi dinding masih tak sempat nak dipotong lagi. Kena potong pakai gunting. Lepas ni nak tabur baja dan bagi minum air cukup-cukup. Barulah rumput akan menghijau kembali!

\(^^)/

Saturday, September 20, 2014

Projek hari ni...


... setelah seminggu tak masuk dapur.

Chaiyok Julie!


Friday, September 19, 2014

Si Rongak

Niesreena baru balik sampai rumah dari kampung.

Terkejut mama tengok perubahan pada Niesreena.


Hahaha!

Lepas ni tumbuh gigi baru, jaga elok-elok k!

y(^^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top