♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 28, 2014

Satay Willy

Tengah sejuk-sejuk... lapar-lapar ni... tetiba teringin plak nak makan satay!

Hehehhehe...

Satay memang salah satu makanan kegemaran aku dan keluarga aku - mak, abah dan adik-adik. Dulu, abah suka belanja makan satay. Sekarang pun abah suka belanja makan satay gak. Hehe..

Kalau kat KL dulu kitorang suka makan Satay Simpang Flat. Pernah dengar tak? Rasanya orang piau KL jer tau satay ni kot. Satay Simpang Flat ni terletak kat persimpangan antara Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, berdepan dengan banggunan menara Marinara tu dan berdekatan dengan flat DBKL 4 tingkat kat Jalan Tun Razak tu. Haaaiiissshhh... detail tak? Kalau korang cari mesti jumpa tempat ni. Sampai sekarang satay ni masih beroperasi kat situ.

Dulu restoran ni akan bagi tisu basah pada setiap pelanggan. Sekarang tak lagi.

Bila aku dah kahwin dan ada anak, famili kecik aku ni pun suka makan satay. Kalau nak makan satay sedap, sanggup pergi ke satay Haji Samuri kat Kajang.

Tapi sekarang, kalau nak makan satay sedap, kitorang perlu gerak 10 minit jer dari rumah. Sebab kat Nilai pun ada satay sedap! Willy Satay!

Antara satay yang terdapat kat sini ialah...

Satay dia sedap, kuah kacang dia pun terbaik dan service dia pun cepat. Tapi kalau nak makan satay perut, kena datang awal-awal sebab perut cepat habis!

Hmmm... yang tak bestnyer kat restauran ni sebab tak der TV! Radio pun tak der... Huhuhu...

Ehemmm... kot-kotlah kalau ada owner Satay Willy Nilai tu terbaca post aku ni, tampallah TV satu... Baru meriah sikit kan... huhuhu...

Uiiisshshhhh... sedapnya... terliur eden... huhuhu...

Dah lama gak tak singgah Willy. Gambar-gambar ni last kat Willy sebelum bulan puasa hari tu....

Alamak... lapar lah pulak... malam ni kiter mewilly yer enche Neezam! Nyum nyum...

** Ehemmm... ni iklan tak berbayar yer... kot-kot owner satay Willy nak belanja. Bolehlah calling-calling. Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top