♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung

Sejak subuh tadi, bacaan suci Al-Quran berkumandang di KK1, USIM. Terasa sangat syadu dan sayu hari ni, berbanding dengan hari-hari biasa. Ya... hari ni seluruh rakyat Malaysia akan berkabung... bersempena dengan ketibaan jenazah mangsa-mangsa MH17. Satu perjalanan yang sangat panjang bagi mereka. Akhirnya, selamat pulang ke tanahair... :(

Pukul 10.55 pagi tadi, kitorang kat office sempat sama-sama bertafakur dan membaca surah Al-Fatihah bersama-sama serentak satu Malaysia. Ramai jugak kawan-kawan yang memakai baju gelap hari ni, tanda sama-sama berkabung dan bersedih. Aku pun sama... sebagai penghormatan terakhir buat mereka...

Walaupun kat office, aku tak lepaskan peluang untuk tengok istiadat penghormatan secara langsung melalui streaming TV3 @http://www.tv3malaysia.net/2010/06/tv3-malaysia-online-streaming.html

Rasa sedih dan sebak. Panjang sungguh perjalanan mereka untuk pulang ke Malaysia. Menaiki MAS MH17 dengan harapan untuk pulang ke Malaysia. Nasib menentukan mereka menghadapi malapetaka yang meragut nyawa mereka. Jasad mereka bersama-sama selama beberapa minggu ni dan akhirnya dibawa pulang dan berpisah untuk ke pangkuan keluarga masing-masing sebagai jasad.

Sedih tengok satu persatu keranda diusung keluar, dibawa ke van jenazah dan satu persatu van bergerak pergi, kapal terbang dan helikopter berlepas ke destinasi masing-masing. Terbang balik... ke destinasi yang mereka nak memang nak pergi...

Tak dapat bayangkan betapa sedihnya perasaan ahli keluarga dan kawan-kawan yang terlibat. Semoga mereka terus tabah dengan dugaan Allah swt.

Tadi perjalanan ke office, melalui KLIA, ada beberapa orang (mungkin wartawan atau mungkin orang awam) yang dah bersedia menunggu laluan van-van jenazah kat flyover kat KLIA.

Semoga segala urusan pengebumian jenazah dipermudahkan Allah swt.

Al-Fatihah #MH17

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin...

#nasionalmouringday #Malaysiaberkabung #220814

No comments :

back to top