♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 31, 2014

Tahniah Emak ❤ Abah!

Dan selamat hari Merdeka!

Yang hensem kat bawah ni ialah abah aku, Tn Mangsor Ibrahim. Yang cantik kat sebelah abah tu ialah mak aku, Pn Kalsum Othman.

Hari ni ialah hari ulangtahun perkahwinan mak abah yang ke 35 tahun!

"Happy anniversary mak & abah!

Semoga sentiasa berbahagia bersama selalu!

Kitorang sayaaaaaaannnng sangat kat mak & abah!"

❤ ❤ ❤ ❤

(^-^)

Yang comel kat bawah ni pulak suami aku, Dr Khairunneezam Mohd Noor. Dia seorang anak melayu yang unik. Sebab dia suami aku... Heheheh...

Dan dia bangga menjadi anak Malaysia. Dan aku bangga menjadi isteri dia.

❤ ❤ ❤ ❤

(^-^)

Di sini lahirnya sebuah cinta!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 tahun!

Saturday, August 30, 2014

Bercanda @ Port Dickson

Pukul 6 pagi lagi Naufal dah ketuk pintu bilik kitorang. Excited giler nak gi Port Dickson. Kalau biasa tu, kemain susah nak bangun!

Naufal punyalah excited, dekat rumah lagi dah siap dengan kelengkapan berenang dia

Haaaiiissshhhh...

Pastu dalam kereta Naufal tidur... huhuhu... mengantuklah tu.

Perjalanan dari rumah kitorang ke PD lebih kurang dalam 40 minit. Dulu masa duduk Sendayan, lagi dekat. Nak makan steamboat malam-malam selalu ke PD. Sekarang ni kira jauhlah...

Alhamdulillah... cuaca hari ni sangat cantik. Awan banyak dan tak berapa panas. Orang kat tepi pantai pun tak berapa ramai sangat. Air laut pun dan pantai pun bersih...

Seronok Niesreena dan Naufal mandi pantai dan main pasir. Aku dan enche Neezam pun tak lepaskan peluang. Hehehe...

Tempat selalu kitorang lepak kat PD ni ialah dekat depan Hotel Sri Malaysia. Dekat sini ada tempat untuk mandi dan salin pakaian serta surau. Kawasan permainan kanak-kanak pun ada. Kalau waktu malam kat kawasan ni ada steamboat dan burger.... Best la...

Balik dari PD, kitorang gi merayap open house rumah kengkawan pulak. Satu rumah kat Tiara Heights. Giler cantik rumah-rumah kat sana. Tapi harganya... ehem... cantik jugak... Sebuah lagi kat Kuarters KLIA. Cantik kuarters kakitangan kerajaan ni. Besar dan selesa!

Sebelum balik sempat singgah kat taman permainan kat kuarters KLIA tu. Biasalah Niesreena dan Naufal... seronok nampak taman permainan... layaaaaaannnn...

Seronok berehat dengan famili dan tengok diorang suka ria gumbira.

Alhamdulillah... Terima kasih Allah...

(^-^)

Friday, August 29, 2014

Khairuns Homestay D'Bestari @ Sepang/Nilai

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat semua!

Akhirnya projek yang aku dan enche Neezam usahakan telah mula dipromosikan.

Inilah...

 Khairuns Homestay D'Bestari

Since kitorang tak tinggal kat rumah ni dan tak kan tinggal kat sini dalam beberapa tahun ni, Insya Allah, so kitorang decided untuk jadikan rumah kitorang ni sebagai homestay. Memula tu rasa macam sayang, sebab rumah baru. Tapi... dari dibiarkan kosong... biarlah ada penyeri sekali sekala, kan?

So, sesiapa yang berminat/mencari homestay di sekitar kawasan KLIA, KLIA 2, LCCT, USIM, Inti College, Nilai College, Manipal University, Sepang, Salak Tinggi, Nilai dan Nilai 3, Cyberjaya dan Putrajaya bolehlah contact kitorang.

Rumah ni terletak di Taman Desa Bestari, Kg Salak, Sepang.

Jarak ke lokasi yang berdekatan

** 8 km ke USIM & Bandar Baru Nilai
** 5 km ke Salak Tinggi
** 15 km ke LCCT
** 15 km ke Nilai 3
** 11/12 km ke KLIA2 / KLIA
** 25 km ke Cyberjaya
** 30km ke Putrajaya / Bangi
** 30-35 km ke Port Dickson / Bagan Lalang
** 40 km ke Banting

Rumah semi-D 1 1/2 tingkat, 3 bilik tidur dilengkapi dengan katil double bed, almari, kipas, lampu dan air-cond. 3 bilik air, satu mempunyai water heater.

Dapur dengan kelengkapan peti sejuk, cerek elektrik, pinggan mangkuk, peralatan dan dapur memasak. Ruang tamu dengan televisyen dan seterika. Kawasan luar yang selesa untuk bersantai. Ada rumput karpet gebusss boleh baring-baring. Hehe...

Kawasan rumah mempunyai pengawal keselamatan, berhampiran dengan surau dan taman permainan kanak-kanak, kedai/warung makan siang dan malam, kedai runcit, 99 speed-mart, klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, stesyen minyak, kompleks sukan KLIA (bowling, badminton, snuker), Giant, Mydin, bank dan lain-lain.

Insya Allah... kalau ada rezeki, kitorang akan improvekan lagi rumah ni.

So, korang, kalau berminat nak stay kat sini, bolehlah hubungi aku atau suami yer.

019.2772.191 - Dr Neezam

Boleh juga hubungai kami melalui fb Khairuns Homestay D'Bestari di

https://www.facebook.com/khairunshomestaydbestari

Aku jugak sedang cuba membangunkan blog untuk homestay kitorang ni. Nanti singgahlah ke

http://khairunshomestay.blogspot.com/

Insya Allah... semuanya masih bertatih lagi. Kitorang baru nak mula, baru nak belajar-belajar.

Silalah bagi sokongan dan tunjuk ajar yer, kengkawan...

y(^^)y

Thursday, August 28, 2014

Satay Willy

Tengah sejuk-sejuk... lapar-lapar ni... tetiba teringin plak nak makan satay!

Hehehhehe...

Satay memang salah satu makanan kegemaran aku dan keluarga aku - mak, abah dan adik-adik. Dulu, abah suka belanja makan satay. Sekarang pun abah suka belanja makan satay gak. Hehe..

Kalau kat KL dulu kitorang suka makan Satay Simpang Flat. Pernah dengar tak? Rasanya orang piau KL jer tau satay ni kot. Satay Simpang Flat ni terletak kat persimpangan antara Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, berdepan dengan banggunan menara Marinara tu dan berdekatan dengan flat DBKL 4 tingkat kat Jalan Tun Razak tu. Haaaiiissshhh... detail tak? Kalau korang cari mesti jumpa tempat ni. Sampai sekarang satay ni masih beroperasi kat situ.

Dulu restoran ni akan bagi tisu basah pada setiap pelanggan. Sekarang tak lagi.

Bila aku dah kahwin dan ada anak, famili kecik aku ni pun suka makan satay. Kalau nak makan satay sedap, sanggup pergi ke satay Haji Samuri kat Kajang.

Tapi sekarang, kalau nak makan satay sedap, kitorang perlu gerak 10 minit jer dari rumah. Sebab kat Nilai pun ada satay sedap! Willy Satay!

Antara satay yang terdapat kat sini ialah...

Satay dia sedap, kuah kacang dia pun terbaik dan service dia pun cepat. Tapi kalau nak makan satay perut, kena datang awal-awal sebab perut cepat habis!

Hmmm... yang tak bestnyer kat restauran ni sebab tak der TV! Radio pun tak der... Huhuhu...

Ehemmm... kot-kotlah kalau ada owner Satay Willy Nilai tu terbaca post aku ni, tampallah TV satu... Baru meriah sikit kan... huhuhu...

Uiiisshshhhh... sedapnya... terliur eden... huhuhu...

Dah lama gak tak singgah Willy. Gambar-gambar ni last kat Willy sebelum bulan puasa hari tu....

Alamak... lapar lah pulak... malam ni kiter mewilly yer enche Neezam! Nyum nyum...

** Ehemmm... ni iklan tak berbayar yer... kot-kot owner satay Willy nak belanja. Bolehlah calling-calling. Huhuhu...

Wednesday, August 27, 2014

Worldless Wednesday | Mencari hormon gumbira

#Septgateaway

Tuesday, August 26, 2014

Bee Zzzzz

Assalamualaikum & selamat pagi uollsss!!!

Ya Allah... Lamanya tak update blog! Sejak raya kot!

Busy bebenor!

Kat rumah busy, kat office pun busy!

Lama tak update blog, sampaikan ada kengkawan yang PM kat fb...

"Julie, naper dah lama tak update blog?"

"Kak Julie... silent jer sekarang. Tak der citer terbaru ker kat blog?"

Cerita??? Banyak!!!

Cerita raya... cerita balik kampung... cerita open house... cerita rumah... cerita family... cerita Niesreena... cerita Naufal... cerita enche Neezam! Cerita macam-macam lah!

Masa nak update blog jer yang tak der. Banyak kekangan... huhu...

Oh ya... sekarang ni jugak, aku dan enche Neezam cuba bangunkan satu projek. Insya Allah akan launch dalam masa terdekat ni. Semoga projek ni berjaya! Amin...

Projek apa? Hehehhe... projek biasa-biasa jer... Nanti aku cerita dalam post lain k!

Rindu!

Memang rindu sangat nak update blog. Insya Allah... cuba curi-curi masa kat rumah atau kat office nanti. And thanks for all your support. Tak sangka ada pembaca setia...

TQ! TQ! Meh polok sikit!

\(^^)/

Hehehe...

Nanti aku akan buat backdated post yer... Check it out!

Until then... continue busy!

Sunday, August 24, 2014

Naufal Story Telling 2014

Hari Jumaat yang lepas, aku berkesempatan ke tadika Naufal. Kali ni Naufal masuk pertandingan story telling... lagi...


Hari Isnin hingga Rabu sebelum tu, Naufal tak ke tadika sebab sakit mata. Kat rumah sempat practise sikit-sikit dengan enche Neezam.

So, inilah hasilnya...


Kat rumah practice gaya lain. Sampai atas pentas jadi lain... Adoiii... pening tengok video. Niesreena ambik goyang-goyang!


Aku tak sempat tunggu keputusan dan terpaksa bergegas ke tempat kerja.

Alhamdulillah... Naufal dapat nombor 2. Ok lah tuuuuu...

Congrats Naufal! Next time buat lebih baik lagi ok!

\(^-^)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top