♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 6, 2014

Sambal Sotong Petai Besau!

Assalamulaikum wbt...

Semalam gi pasar Ramadhan kat depan KIP Mart bandar Segamat. Terpandang kat sorang pakcik ni berdiri kat depan deretan kedai. Di tangan dia berpapan-papan petai yang besar-besar matanya! Waaaaa... sedapnya!

Pakcik tu jual seikat petai tu RM4. Nak belilah! Tapi tak tau nak masak apa.

Balik rumah, ayah kata ada sotong dalam peti ais. Set! Esok kita berbuka dengan sambal sotong tambah petai! Perrrgghhhhh... dah meleleh ayaq liuq membayangkan sambal sotong yang bakal aku masak. Huhuhu...

Senang jer kan buat sambal sotong petai ni. Aku gerenti, korang semua mesti pandai buat jugak. Tapi aku nak kongsi gak resepi kat sini. Tak der hal kan? Blog aku... Huhuhu...

So, inilah hasilnya sambal sotong petai air tangan aku petang tadi.

Sambal Sotong Petai

Nampak sedapkan? Memang sedap! Hehe...

Bahan-bahannya:-

1 kg sotong dibersihkan dan dipotong kecil
4 papan petai dikopek dan dibelah dua
2 biji bawang besar dihiris
6-7 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu cili giling
Air asam, gula dan garam

Cara-caranya:-

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali dengan minyak yang sederhana panas. Goreng sehingga bahan tumis pecah minyak dan garing.
Masukkan bawang besar yang dihiris. Goreng sehingga ia layu.
Kemudian masukkan sotong dan petai.
Tambah garam dan gula secukup rasa serta air asam.

Siap! Senang kan... So bolehlah cuba yer...

Kat bawah ni antara resepi-resepi yang pernah aku try sebelum ni. Tak banyak pun. Tapi bolehlah kalau nak try.

y(^-^)y

Buttered prawn

Sambal kerutup

Laksa Johor istimewa

Beef bolognese lasagna

Mint & peas couscous

Mushroom soup

Puding caramel

Peria goreng garing

Kuih lopes perantauan

Pisang molen

Resepi-resepi lain, meh klik sini

Resepi JLS

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top