♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 20, 2014

Popia Nestum Horlicks

Projek semalam... Niesreena sibuk sangat nak buat kuih raya. So, cari-cari kuih yang paling senang sekali. Popia nestumlah! Dah lah senang.. sedap plak tu... huhuhu...

First time makan kuih ni, last year - buah tangan dari Isma dan Hairil. Ingatkan kuih batang buruk. Rupanya popia nestum. Sedap! Tahun ni berlambak-lambak dah dijual kat bazar Ramadhan dan jugak kat FB. Kreatif betul orang yang mencipta resepi ni, kan...

Nak buat kuih ni tersangatlah senang! Bahan-bahan yang diperlukan cuma kulit popia, nestum, horlicks, gula dan sedikit adunan tepung untuk dijadikan pelekat...

Ini budak exited nak buat kuih....

Naufal pun tak lepas peluang. Naaaaak buat jugak!

Senang jer buat popia ni. Bahagi kulit popia tu kepada 2 bahagian dan gulung kecil-kecil dan tampal hujungnya dengan adunan tepung supaya ia melekat.

Hasil kat bawah ni - kat belah kiri, gulung besar sikit tu tu hasil tangan Niesreena dan yang comel-comel tu tentulah hasil tangan mama diorang. Hmmmm... yang kat tengah, leper, penyek tu... tekalah saper punyer... Tentulah Naufal! Huhu... sukatilah son...

Lepas tu guntingkan kecil-kecil.

Siap gulung dan gunting! Senang kan...

Niesreena dan Naufal dengan hasil tangan masing-masing.

Seksi budak sorang ni. Naufal pakai baju tangan panjang sebelum tu. So, tak nak baju kotor, berlenggeng jer lah jawabnya... huhu...

Yang ini mama Khairuns punya.

Comel kan...

Sepeket kulit popia tu 50 keping dapat banyak ni. Itu pun terpaksa aku buat laju-laju sebab tak nak Niesreena dan Naufal guna banyak guna kulit popia tu. Selagi aku tak stop, diorang pun tak nak stop.

y(^^)y

Lepas kulit popia tu dah kering. Bolehlah digoreng dengan minyak sederhana panas.

Mama punyer popia masih tak disira lagi. Tunggu dekat nak raya nanti yer...

Niesreena dan Naufal punya dah siap disira.

Untuk serbuk dia ni, aku gunakan nisbah 1:2:3 untuk gula : horlicks : nestum. Maksudnya kalau 1 sudu gula + 2 sudu horlicks + 3 sudu nestum. Campur dan kisarkan halus semuanya. Kemudian taburkan pada kulit popia yang telah digoreng dan disejukkan pada suhu bilik.

So, lepas bebuka puasa semalam, Niesreena dan Naufal dengan bangganya meratah snack hasil tangan diorang sendiri.

Bravo kids!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top