♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 11, 2014

Pengalaman Umrah Part 2 | Perjalanan ke Mekah Al Mukarramah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru berkesempatan untuk meneruskan catatan perjalanan. Post kali ni pendek jer... Dah beberapa hari sebelum ni tulis post panjang-panjang... penat korang baca... huhuhu...

So, sambungan daripada cerita di Madinah hari tu, kitorang bertolak ke kota Mekah dari Madinah pada 19 Jun tepat jam 2.15 petang. Semua jemaah telah siap dengan berihram.

Perasaan bercampur baur; sayu dan sedih meninggalkan Rasulullah dan Masjid Nabawi tetapi berasa gembira dan teruja untuk menatap Kaabah, rumah suci Allah swt, di kota suci Mekah.

Lebih kurang 15 minit perjalanan, kitorang tiba di Masjid Bir Ali untuk bermiqat. Masjid Bir Ali ni boleh tahan tinggi dan besarnya. Dari jauh dah nampak masjid yang tersergam indah ini!

Cantik masjid ni. Aku suka!

Kat sini, kitorang melakukan rukun umrah yang pertama iaitu berniat ihram di miqat serta melakukan solat sunat ihram. Selepas berniat, kenalah berjaga-jaga sikit agar kita tak buat pekara-pekara yang dilarang semasa ihram. Kalau tak kang... pandai-pandailah bayar dam yer...

Kemudian kitorang meneruskan perjalanan ke Kota Mekah. Memang tak sabar rasanya. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam.

Bila bas mula bergerak, kitorang semua mula bertalbiah bersama-sama. Salah seorang pelajar mutawwif mengetuai bacaan talbiah.

لبيك اللهم لبيك"
 لبيك لاشريك لك لبيك
 ان الحمد, والنعمة لك والملك
"لاشريك لك

Masa kat Malaysia, talbiah ni selalu keluar kat tv masa dekat-dekat nak raya gitu kan. Kite pun ikut baca jugak. Tapi bila baca kali ni, perasaan tu lain... perasaan yang sangat sukar nak digambarkan... Menjadikan sangat tak sabar nak sampai ke bumi suci Mekah.

“Hambamu telah datang menyahut panggilanMu
Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu
dan tidak ada sekutu bagiMu”

Setelah beberapa kali bertalbiah bersama-sama, kitorang digalakkan untuk terus bertalbiah dan berselawat sepanjang perjalanan. Di kiri kanan jalan cuma ada bukit bukau, padang pasir dan batu-batu. Sekali sekala terpandang beberapa biji rumah di tepi jalan.

Aku dok terbayangkan macam manalah Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berhijrah dari Mekah ke Madinah sepanjang tanah yang tandus ni. Jarang-jarang sekali nampak pokok-pokok hijau. Jarak antara Mekah ke Madinah lebih kurang 430km pulak tu. Cekalnya...

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Perjalanan yang panjang menyebabkan kitorang semua tertidur. Bagus jugak tidur dan berehat dulu sebab bila sampai di kota Mekah nanti, kitorang akan terus melakukan rukun-rukun umrah yang seterusnya.

Sebelum tiba di kota Mekah, kitorang berhenti berehat di satu kawasan macam R&R. Tak tau plak apa nama tempat ni. Tapi ramai jemaah yang berhenti kat sini. Kitorang sempat makan nasi Arab kat sini.

Perjalanan diteruskan dan perasaan teruja lebih membuak-buak. Lebih-lebih lagi bila diberitahu yang kitorang dah memasuki tanah haram! Alhamdulilllah... kitorang dah selamat sampai!

Aku puas dok intai kat luar tingkap yang gelap. Nak cari menara jam Mekah. Kalau nampak menara jam, maksudnya kat situlah letaknya Kaabah...

Kejap tu enche Neezam tunjuk, "Sayang, kat sana.." sambil menunding ke arah menara jam yang aku cari-cari tu. Menara jam! Rasa macam nak loncat kegembiraan. Ehemm... nasib baik boleh kawal emosi lagi. Huhuhu...

Di sekeliling kawasan menara jam tu sangat terang benderang dengan pancaran cahaya lampu! Perasaan teruja sangat! Kitorang semakin hampir...

Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar!

لبيك اللهم لبيك"
 لبيك لاشريك لك لبيك
 ان الحمد, والنعمة لك والملك
"لاشريك لك

~To be continued~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top